Tuesday, June 29, 2010

Hati ini...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


    Ya Allah, fitrah diriku, sebagai seorang manusia biasa, tak bisa lari daripada ingin menyayangi dan disayangi. Ya Allah, ku mohon, kau teguhkan hati ini,kau tabahkan hati ini, dalam melalui hari-hari. Ya Allah hadirkanlah pelengkap rusuk kiriku, di saat aku telah bersedia untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Sebelum tibanya waktu itu, Ya Allah, ku mohon peliharalah hati ini, agar cintaku tidak tercemar kerana cintakan pada yang bukan milikku. Ya Allah, ku pohon
kau pelihara cinta pertamaku ini, hanya untuk si dia, pelengkap rusuk kiriku yang telah Engkau tetapkan buatku... Ya Allah, tak ku harapkan rupawan dan hartawan, hanya ku inginkan insan yang sepadan buatku. Ya Allah, Peliharalah hati ini, Amin...ya rabbal alamin...
     
    Ya Allah, apa jua ketetapanMu buatku, tetapkan hatiku untuk terus redho padaMu... 


Lokasi: Dalam bilik,  0220 AM (GMT +9), Jepun

Hampir dua jam, aku cuba untuk melelapkan mata. Tak tahu kenapa, malam ni, sukar sekali untuk aku lelapkan mata. Ada sesuatu yang aku fikirkan. Cuba untuk melupakan, aku cuba untuk tidur awal. Ternyata, apa yang aku jangkakan meleset. Sukar sekali untuk melelapkan mata. Ku capai mashaf, membacanya sehingga aku terasa mahu berhenti. Tenang rasanya. Cuba sekali lagi untuk melelapkan mata, ternyata sukar. Sekarang, jari jemariku menari-nari di atas 'keyboard' cuba untuk melepaskan sedikit keresahan di sini. Kurang daripada 45 minit, inshaAllah sudah hampir subuh. InshaAllah aku akan cuba sekali lagi untuk melelapkan mata setelah usai solat. Harapnya, aku dapat tidur lena dalam jagaan Allah SWT... 

2 comments:

  1. “dan diantara tanda-tanda kekuasaaNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dr jenismu sendiri,spy kamu cenderungdan merasa tenteram kepadnya dan dijadikan di antaramu kasih syg.Sesungguhnya yg demikian itu benar2 trdpt tanda2 bg kaum yg berfikir”
    (ar-ruum;21)

    ReplyDelete