Monday, December 6, 2010

Sekolah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
 sumber: diambil oleh penulis pada bulan April




Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... minggu lepas saya baru saja selesai exam mid-term. Bermakna, hanya tinggal seperempat lagi  perjalanan untuk saya menamatkan pembelajaran di sini. Insya-Allah, tahun depan setelah tamat belajar akan pulang ke tanah air. Sedar tak sedar, pejam celik, bangun tidur, dah hampir tiga tahun saya belajar di sini. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Tak sangka, beberapa bulan lagi saya akan tinggalkan alam persekolahan, saya bukan lagi pelajar sekolah, saya bukan lagi pelajar kolej, saya bukan lagi pelajar universiti, tapi saya seorang pekerja, seorang engineer, insya-Allah.


Hari ni terasa nak berkongsi kisah silam. Teringat dulu, waktu kecil, umur 7 tahun,

Thursday, November 25, 2010

Eksperimen Berjaya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t
Semalam status di facebook dan juga inbox facebook penuh dengan mesej kawan-kawan. Ramai sungguh yang tanya. Maaf semua, bukan sengaja. Sekadar nak buat eksperimen, dengan hipotesis yang aku fikirkan. Dan ternyata hipotesis aku terbukti...(ada la bangga sikit... hehe...)
Aku tulis macam ni dalam status facebook semalam,

"Lebih kurang 4 bulan lagi. Takkan hari ni nak kena tetapkan tarikh? aduh... dilema dibuatnya..."

Thursday, August 26, 2010

Jangan Dikahwini...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


 Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

Thursday, July 22, 2010

Kekasih Cintaku

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ya Allah…
Dengan izinMu
Banyak dugaan telah ku tempuhi
Pernah resah jiwa ini
Pernah gelisah jiwa ini

Ya Allah…
Kau ujiku dengan cinta duniawi
Tidak  terlafaz di bibir ini
Ku pendam dilubuk hati

Ya Allah…
Andai dahulu
Cinta dunia merantai hati ini
Walau tidak kuzahiri
Aku kehilangan cinta hakiki

Ya Allah... 
Gersang jiwaku 
Tandus imanku
Cemas kalbuku
Semakin hilang cintaMu

Ya Allah... 
Solatku tiada khusyuknya
Rukukku tiada ikhlasnya
Sujudku tiada maknanya
Tahajudku hilang air mata

Ya Allah… 
Dalam sujud cintaku
Aku menghadapmu
Ku mohon ampunanMu
Kurniakan kembali cintaMu
Kerna Engkau Kekasih Cintaku…

Ya Allah…
Engkau mendengar bisikanku
Engkau tenangkan jiwaku
Hati ini tenang mengingatiMu
Derita terasa saat melupakanMu
Kerna Engkau Kekasih Cintaku…

Tuesday, June 29, 2010

Hati ini...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


    Ya Allah, fitrah diriku, sebagai seorang manusia biasa, tak bisa lari daripada ingin menyayangi dan disayangi. Ya Allah, ku mohon, kau teguhkan hati ini,kau tabahkan hati ini, dalam melalui hari-hari. Ya Allah hadirkanlah pelengkap rusuk kiriku, di saat aku telah bersedia untuk melengkapkan sebahagian agamaku. Sebelum tibanya waktu itu, Ya Allah, ku mohon peliharalah hati ini, agar cintaku tidak tercemar kerana cintakan pada yang bukan milikku. Ya Allah, ku pohon

Saturday, June 26, 2010

Fitnah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Hari ni, Allah tunjukkan, ada manusia memfitnah saya. Fitnah manusia, tak tahu kenapa. Mana silapnya. Saya yang menjadi mangsa, saya pula yang dikatakan berada di pihak yang salah. Fitnah didengar, terus disebarkan. Langsung tidak bertanya akan kebenarannya. Wallahualam... tak tahu kenapa jadi begini. Akhir zaman...

"Ya Allah, aku redha hingga ke akhir hayatku, akan fitnah ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan kebenaran ini. Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. "

Sunday, June 20, 2010

2 Matahari esok, tahukah???

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Adakah kalian tahu? InshaAllah, esok berkemungkinan besar kita akan dapat melihat 2 Matahari. Salah satu bintang yang bernama

Wednesday, June 16, 2010

Wahai Serikandi Islam... Bacalah...

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

PENCARIAN...
Suatu kisah..
kisah benar belaka
seorg lelaki dlm pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
sudah bertahun bersendirian
muncullah calon yg entah ke berapa
seperti biasa
diusulkan emak tersayang

Tuesday, June 15, 2010

Tenang kembali



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... exam baru je habis. Tengah hari tadi, dah qada sekejap tidur malam tadi. Semalam tidur lebih kurang 3 ke 4 jam saja agaknya. Subuh di sini, lebih kurang pukul 3 pagi. Jadi, alang-alang tak boleh tidur smpai pukul 2 pagi(insomnia agaknya), terus tunggu subuh. Lepas subuh baru tidur. Bangun pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, sambung study sikit dan terus ke kelas. Alhamdulillah, untuk exam hari ni, anggaran dalam 80% yakin dapat jawab dengan baik. Yang selebihnya, tawakal saja pada Allah SWT.

Lama betul tak update blog ni. Sangat-sangat sibuk kebelakangan ni. Dalam bulan ni saja, macam-macam berita kita. Terutamanya mengenai serangan dari tentera Israel ke atas kapal konvoi yang mahu menghantar bantuan ke Gaza. Rasanya tak perlu untuk saya explain panjang lebar di sini. Rasanya mungkin kalian sendiri juga sudah maklum. InshaAllah nanti, andai ada ilmu yang dapat dikongsi bersama kalian, saya akan update lagi blog ini.

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Saturday, May 22, 2010

24 Jam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 



Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... 20 haribulan Mei lepas, bermula sebelum pukul 12 malam sehingga selepas pukul 12 malam 21 Mei, saya tidak membuka akaun facebook. Kerana selepas di tag oleh sorang sahabat, Akhi Faiz untuk sama-sama memboycott facebook supaya facebook menutup group-group yang ada tertulis di atas. Sungguh besar sekali penghinaan mereka terhadap islam. Di group itu ada ditulis meminta sesiapa sahaja melukis gambar Rasulullah. Tapi beberapa minit yang lepas, saya menyemak kembali di Search engine facebook. Group tersebut masih lagi belum ditutup. Semoga group ini dapat ditutup secepat mungkin.

Saturday, May 8, 2010

Bulan Penuh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

InshaAllah kali ni just update ringkas, mahu menunaikan janji. Sebelum ni, ada pernah berjanji dengan seorang blogger, Cik Siti, atas permintaannya untuk post gambar bulan penuh. InshaAllah di bawah ni ada beberapa gambar yang diambil pada tarikh yang berbeza. Ada yang cerah, ada jugak yang tak berapa cerah. Semua gambar ni, diambil sendiri oleh saya.


Saturday, May 1, 2010

Golden Week Gathering 2010

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Lamanya tak update blog ni. Tahun ni sangat-sangat sibuk dengan report dan tugasan-tugasan yang lain. sampai tak ada masa nak update blog. Alhamdulillah... hari ni start cuti Golden Week. Di sini (Jepun) pada tanggal 3(Constitution Memorial Day),4(Greenery Day) dan 5(Children's Day) Mei adalah 3 hari cuti berturut-turut kerana meraikan hari-hari tersebut.  Sebab itu ia dipanggil  Golden Week.

Sunday, March 28, 2010

Musim Bunga Hampir Tiba

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... sekarang sudah hampir-hampir mahu masuk musim bunga. Sakura juga sudah hampir kembang sepenuhnya. Cantik sekali melihat kebesaran dan kecantikan yang Maha Esa. Andai kita merasakan cantik hanya dengan melihat apa yang diciptakanNya, Subhanallah, cantiknya Allah sudah pasti tak dapat kita gambarkan dengan akal kita yang tak kan berupaya memikirkan zatNya. Semoga kita tergolong diantara manusia-manusia yang dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak.



Kawasan di sekitar sini masih belum panas lagi. Suhu di sini masih sekitar 7 hingga 13 darjah celcius... Sungguh sejuk. Tambahan pula di dalam bilik sewaktu cuti, pemanas tak dipasang. Sabar sahajalah. InshaAllah beberapa hari lagi, kolej akan dibuka semula. Harapnya waktu tu pemanas akan dipasang semula.

Kali ni sekadar mahu berkongsi bersama kawan-kawan gambar-gambar di sekitar kawasan saya ketika hampir memasuki musim bunga. Subahanallah... agungnya ciptaanNya...

Sila klik untuk melihat gambar dengan lebih jelas...

 Sakura sudah hampir kembang penuh

Sunday, March 21, 2010

Ku Sujud Syukur




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

"Sensei, watashi ha shinkyuu dekimasuka?"
"Zenzen daijobu da yo.
 Syukur ke hadrat Illahi tatkala mendengar sensei (cikgu@professor) cakap macam tu. Maksud ayat di atas,

" Professor saya dapat 'naik tahun'? "
" Langsung tak ada masalah."

Friday, March 12, 2010

Kem Amilin 2010

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

         Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

          Alhamdulillah 4-6 Mac lepas penulis turut serta dalam satu program yang telah dianjurkan oleh Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) di Ibaraki, Jepun. Kem Amilin. Program ini pertama kali diadakan pada cuti musim bunga. Penceramah jemputan adalah Dr Che Mahzan. Beliau merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, juga merupakan ayah kepada presiden IPIJ yang terkini, iaitu saudara Muhammad Idris.

          InsyaAllah, ada beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama kalian...

Para peserta Kem Amilin 2010

Monday, March 1, 2010

Syukur...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

     Pertama sekali penulis meminta maaf pada pembaca-pembaca dan pelawat-pelawat blog Fakhrul Islami. Maaf kerana terlalu lama tak update blog ni. Bulan lepas, bulan peperiksaan, sangat sibuk sebab bulan lepas bulan terakhir penulis sebagai pelajar tahun 4 di sini. Alhamdulillah sekarang semuanya dah selesai. Exam dah habis, semua report dah dihantar. InsyaAllah dapat berehat sebentar sepanjang cuti ni, cuti sebulan. InsyaAllah penulis akan cuba update selalu sepanjang cuti ni. Tapi minggu ni,tak ada lagi apa-apa untuk dikongsi, masih belum ada idea untuk menulis. InsyaAllah akan menyusul beberapa post lepas ni.

    Di bawah ni sekadar mahu berkongsi beberapa gambar yang diambil sendiri oleh penulis. Masih beginner dalam bidang fotografi ni.

Friday, February 5, 2010

Aku Melihat...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Aku Melihat
ada orang
memelihara mulutnya
daripada memakan makanan yang syubhah
apatah lagi yang haram
sekali termakan
menangis
menyesal semahu-mahunya
tapi...
mulut mereka
tak pernah berhenti
mengumpat, mencaci, menfitnah
mengapa?
tiada penyesalan?
tiada sedikit pun rasa berdosa?
apa halalkah?
yang kalian sedang lakukan?


Saturday, January 16, 2010

Langit dan Bumi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Langit dan Bumi. Yang manakah diciptakan terlebih dahulu? Adakah kalian mengetahuinya? Allah SWT berfirman di dalam surah An-Naziat:

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا
Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا
Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ دَحَاهَا
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);  

Surah An-Naziat; ayat 27-30

Saturday, January 9, 2010

Asas Kejayaan? Apakah? Kalian menyedarinya?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini iman dan ibadah kita jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah...

   Syahadah, rukun islam yang pertama. Dalam hidup kita, kalimah  syahadah menjadi asas kehidupan sebagai Hamba Allah. Pernahkah kalian berkira-kira berapa kali kita wajib bersyahadah sehari semalam? Andai kalian tidak pernah menyedarinya, ambillah beberapa saat untuk mengiranya sebelum kalian meneruskan pembacaan. Kita diwajibkan untuk mengucapkan syahadah sebanyak 9 kali sehari semalam. Iaitu 4 kali ketika tahiyyat awal dan juga 5 kali ketika tahiyyat akhir.
 
   Selepas syahadah, solat merupakan rukun islam yang kedua. Solat adalah 'training' untuk kita menjadi individu yang 'kuat' dan juga merupakan asas kepada amalan di dunia dan di akhirat. Di hari akhirat kelak, solat yang akan menjadi persoalan utama di Padang Mahsyar.  Andai solat kita tidak menunaikan solat, nerakalah seteruk-teruk tempat kembali.

  Solat merupakan tunjang utama kepada kejayaan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Kalamullah, Firman Allah SWT;
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,


الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
 Al-Mukminun, ayat 1dan 2


 Allah juga memberi jaminan syurga buat mereka yang memelihara solat di dalam surah Al-Mukminun;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya
أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi


الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya


Al-Mukminun, ayat 9-11


Inilah ciri-ciri orang yang berjaya. Iaitu mereka yang memelihara solat. Sudah menjadi kewajipan buat kita sebagai hamba Allah untuk memelihara solat. Jadi, andai kita ingin berjaya, asas utama kejayaan itu sendiri adalah solat. Jadi pelajarilah bagaimana untuk kusyuk dan berusahalah untuk melakukan solat yang terbaik.


   Sedarkah kalian, di dalam sehari berapa kali kita diwajibkan membaca Al-Fatihah? Cuba kalian mengiranya sebentar. Setiap hari kita diwajibkan membaca sebanyak 17 kali. Kita wajib membacanya di dalam solat dan merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk kita membacanya setiap hari sepanjang hidup kita.

   Sepanjang hidup kita sebagai hamba Allah, Allah juga hanya mewajibkan sepotong ayat sebagai 'Doa Wajib' yang perlu kita lafazkan setiap hari. Adakah kalian sedar? Apakah doa itu?

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukilah kami jalan yang lurus".
Al-Fatihah, ayat 6

  

   Inilah satu-satunya doa yang diwajibkan kepada kita untuk mengulanginya setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam. Hanya sepotong ayat pendek sebagai 'Doa Wajib' buat kita, sehari semalam.


   Betapa Allah tidak membebankan hambanya. Walaupun Allah tmengurniakan nikmat yang tidak terkira buat hamba-hambanya, namun Allah hanya mewajibkan hanya sepotong ayat. Ya, hanya sepotong ayat. Namun berapa ramai manusia yang alpa daripada melakukan kewajipan ini.
  
   InsyaAllah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki amalan kita terutamanya solat. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...


Sebuah lagu untuk dikongsi bersama kalian, pembaca-pembaca blog Fakhrul Islami, semoga terhibur...







Akhir kalam... wassalam... (^_^)

p/s: diolah daripada ceramah yang disampaikan oleh Akhi Fazrul dan juga daripada beberapa ceramah yang lain.