Sunday, August 30, 2009

Kalian P.O.A, P.O.S, atau P.P.N.R???



Assalamualaikum...

Alhamdulillah... masuk hari ni, genap sudah 9 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan... bagaimana dengan puasa kalian? Apa yang kalian dah capai setakat ni? Sama-sama lah kita memuhasabah diri kita. InsyaAllah semoga kita sama-sama dapat mempertingkatkan kualiti puasa kita.

Alhamdulillah, petang tadi sementara menunggu waktu berbuka(waktu berbuka di sini(Tsuyama, Jepun) hari ini pada pukul 0634 PM, bersamaan pada pukul 0534 PM Malaysia), sempat juga mendengar ceramah di IKIM. Walaupun berada di perantauan, kerana kecanggihan teknologi masa kini, dapat juga dengar radio IKIM, walaupun radio Malaysia.

Dalam ceramah tu, ustaz ada membincangkan jenis-jenis puasa. Di sini ringkasan atas apa yang didengari:

Puasa Orang Awam(P.O.A):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Tetapi tidak menjaga hati, lidah, mata, tangan dan kaki. Sepertimana bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Perkara-perkara maksiat dan kemungkaran tetap dilakukan. Bezanya di bulan Ramadhan, kerana mereka bersahur dan berpuasa. Tetapi perkara-perkara seperti mengumpat, bermain judi, pergi ke disko dan lain-lain yang seumpama dengannya tetap dilakukan. Golongan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga."

Puasa Orang Soleh(P.O.S):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Tidak seperti P.O.A(Puasa Orang Awam), puasa orang-orang soleh, mereka menjaga hati, lidah, mata, tangan dan kaki. Mereka tidak melakukan kemungkaran atau kemaksiatan. Mereka memelihara diri mereka daripada melakukan dosa dengan sebaiknya.

Puasa Para Nabi dan Rasul(P.P.N.R):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Sepertimana P.O.S(Puasa Orang Soleh), mereka juga turut memelihara diri mereka daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tetapi para nabi dan rasul, mereka melipat gandakan ibadah mereka di bulan Ramadhan. Seperti berzikrullah, bertahajjud, membaca Al-Quran, bersedekah dan yang seumpama dengannya.

Ayuh kalian, mari kita cuba menilai kembali ibadah puasa kita. Adakah puasa kita seperti P.O.A, P.O.S @ seperti P.P.N.R. Marilah sama-sama kita memperbaiki kualiti ibadah kita. Moga puasa kita tidak hanya membuatkan kita hanya mendapat lapar dan dahaga. InsyaAllah...

Akhir kalam, sama-sama kita memuhasabah kembali, insyaAllah.... Wassalam... v(^_^)


Novel: Hafalan Solat Delisa


Assalamualaikum wbt.

NOVEL berjudul Hafalan Solat Delisa karya penulis Tere Liye dan diterjemahkan oleh Rosli Mohd Zin dalam Bahasa Melayu adalah novel terbaik yang pernah saya baca. Novel ini mengajar saya erti keikhlasan, erti kesenangan, kesusahan, ketabahan, kehilangan dan kebahagiaan.

Sukar untuk menilai kebagusan sebuah novel, tetapi sebagai pembaca, saya menilai novel ini daripada aspek pengaruhnya terhadap kejiwaan dan novel ini telah berjaya meruntun jiwa dan menguras air mata.

Perjalanan cerita dalam novel ini membawa saya seolah-olah berdiri di samping watak Delisa, menempuhi perjalanan kebahagiaan pada mulanya dan akhirnya menjelajah kepayahan untuk meneruskan kehidupan.

Bagi kita, seorang kanak-kanak yang digambarkan tidak mengetahui apa-apa tentang cabaran kehidupan yang ditempuhi. Tetapi bagi watak Delisa, watak ini digambarkan memiliki rupa paras yang cantik dan comel serta mempunyai keteguhan imam berikutan didikan uminya.

Permulaan cerita ini menggambarkan keceriaan pada sebelah subuh di sebuah rumah di kawasan yang dinamakan Lok Nga. Kak Aisyah bising ketika mengejutkan adik bongsu mereka, Delisa daripada tidur. Kak Fatimah yang menegur Aisyah untuk mengejutkan Delisa untuk kali kedua.

Penulis turut menggambarkan cara Umi mendidik anaknya Delisa untuk menghafal bacaan solatnya iaitu Umi menjadi imam dan Aisyah akan ditugaskan membaca bacaan solat dengan agak nyaring untuk didengar Delisa.

Begitulah setiap kali solat berjemaah, sudah menjadi tugas utama Aisyah menjadi mubaligh walaupun Delisa mempunyai 2 orang kakak yang lain iaitu Fatimah dan Zahra. Tetapi Ummi tidak mahu memindahkan tugas itu kepada kakak yang lain kerana mahu mendidik Aisyah agar lebih bertanggungjawab terhadap adiknya.

Penulis cukup bijak menghuraikan suasana keluarga ini yang cukup bahagia mempraktikkan ajaran Islam dalam keluarga mereka. Setiap Ahad selepas Shubuh, sudah menjadi rutin, Umi akan menyemak bacaan Quran anak-anaknya walaupun mereka semua juga mengaji quran di masjid.

Ummi dan Abi (panggilan untuk mak dan ayah) dikurniakan 4 orang anak, Alisa Fatimah 15 tahun( merupakan kakak sulung), disusuli dengan kembar Alisa Aisyah dan Alisa Zahra(13 tahun) dan si bongsu Alisa Delisa (6 tahun). Mereka mempunyai karektor yang berbeza.

Fatimah suka membaca buku dan pembicaraanya juga lebih kepada buku-buku yang dibacanya, Aisyah pula terkenal dengan sifat kenakalannya yang suka menyakat dan bergaduh dengan Delisa. Zahra adalah seorang yang pendiam dan Delisa adalah watak utama dalam novel ini, yang comel, yang suka bertanya dan seorang yang sentiasa riang walau apa pun dugaan yang menimpanya.

Abi bekerja di pelantar dan akan balik 3 bulan sekali, tetapi Abi akan menelefon setiap Isnin selepas Shubuh. Oleh kerana itu, selepas shubuh setiap Isnin, sudah menjadi rutin Umi dan 4 orang anaknya akan menunggu panggilan daripada Abi. Umi pulak adalah seorang suri rumah dan mengambil upah menjahit.
Dipendekkan cerita pada 26 Disember 2005 telah memusnahkan kehidupan Delisa.

Allahu Akbar. Delisa mengangkat takbiratulihram. Seiring dengan itu, lautan di pantai mula bergerak. Delisa membaca Iftitah. Tiba pada ayat wamahyaya wamamati. Lantai sekolah tempat Delisa belajar mula bergerak.

Papan tulis, pasu bunga terjatuh dan serpihan kacanya terkena pada tangan Delisa. Tangan Delisa berdarah. Namun Delisa masih teruskan solat. Ibu Nur yang melihatkan Delisa tidak bergerak walaupun suasana kelam kabut, juga turut tidak bergerak. Delisa terus ruku’ dan iktidal. Ombak terus mengganas menghentam tembok pagar sekolah Delisa. Allahu Akbar. Delisa ingin sujud. Tapi, air yang meninggi menghalangnya.

Hidupkah Delisa ketika diratah oleh hempasan tsunami? Bagaimanakah nasib kakak-kakaknya, Umi, Ibu Nur, Abi dan rakan-rakan yang lainnya? Ikuti kesudahan novel ‘best seller Indonesia’ Hafalan Solat Delisa, pasti meruntun jiwa anda membacanya.

sumber ulasan


Sedikit ulasan daripadaku:

Cuti lepas, aku sempat membaca beberapa buah novel sepanjang bercuti di Malaysia. Semestinya novel-novel islami menjadi pilihan. Hafalan Solat Delisa, bagiku antara novel terbaik yang pernah aku baca. Saat mula membacanya sehingga ke akhirnya, sangat meninggalkan kesan di hati. Buku novel ni tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Aku hanya mengambil masa selama 1 hari untuk selesai membaca novel ni. Tetapi adikku hanya mengambil masa beberapa jam. Novel ini amat sesuai sekali sama ada bagi peminat-peminat novel islami, mahupun tidak. Ceritanya amat mudah difahami. Jujur aku katakan, hampir saja mengalir air mata sepanjang membaca novel ini. Apatah lagi di pengakhiran novel ini. Penceritaan yang amat menyentuh jiwa. InsyaAllah sesiapa yang membaca novel ni, pasti akan mengalirkan air mata... hehe... Kalau berani, cuba la...

Cuma satu pesanan daripadaku, jikalau kalian membaca novel, jangan sesekali terus membaca pengakhirannya, kerana nanti akan hilang feel ketika membaca novel daripada permulaannya. Bagi aku, mereka yang membaca novel dengan terus melihat pengakhiran cerita sesuatu novel, seteruk-teruk pembaca novel. Pupuklah sifat sabar. Bacalah daripada muka surat pertama hingga ke akhirnya. Moga dengan membaca novel ni kalian akan memperoleh ilmu dan manfaat. Juga pahala atas kesabaran kalian membaca novel ini daripada permulaan hingga ke muka surat terakhir, InsyaAllah...

Akhir kalam, Selamat membaca. wassalam. v(^_^)

Friday, August 28, 2009

Mimpi Rasulullah SAW





Assalamualaikum...sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

· Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.
· Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.
· Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.
· Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.
· Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.
· Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
· Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

· Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.
· Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
· Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.
· Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.
· Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.
· Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.
· Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.
· Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.
· Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.
· Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.
· Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.
· Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.


Akhir kalam, wassalam... (^_^)

Hikmah Al-Quran




Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat...

Oleh itu marilah kita mempertingkatkan amalan bacaan Al-Quran kita di bulan yang mulia ini. Semoga segala amalan kita IKHLAS dan diterima oleh Allah SWT...


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Akhir kalam... Wassalam

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak




Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat... Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT... (^_^)

Thursday, August 13, 2009

Kalian Kawan, Rakan @ Sahabat...




"Mak nanti kalau abang nak buat meniaga(berniaga), abang nak ajak kawan-kawan macam ...... jadi partner . Sebab diaorng jela member yang abang boleh percaya 100%"

Aku katakan pada ibuku, saat itu aku bersama ibuku sedang berbicara kosong di ruang tamu sementara menunggu masuk waktu isyak untuk ke masjid. Ibuku sewaktu itu sedang melipat pakaian.

"Itulah beza sahabat dengan kawan...."

Balas ibuku. Seketika membuatkan aku berfikir. Betul juga kata ibuku. aku sangat bersetuju.

Kita mungkin ada ramai kawan. Kawan hampir tak terkira. Bagi ku kawan boleh didefiinisikan sebegini.
- Kawan, mungkin berjumpa hanya seketika, kenal-kenal, beritahu nama. Sudah jadi kawan.
- Kawan, mungkin sudah lama kenal, tapi dah lama tak jumpa. bile berjumpa kadang-kadang nama pun dah tak ingat. Tapi ingat muka je.
- Kawan, mungkin selalu berjumpa. Depan kita buat baik, belakang kita, habis segala-galanya dia umpat.
- Kawan, waktu senang duduk semeja, makan-makan, mintak semuanya kita bayar, bile kita dah takde duit, kemana hilang tak tahu.
- Kawan, waktu susah mintak tolong kita, bila senang buat-buat tak kenal.
- Kawan, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok.
- Kawan, peratus kepercayaan kurang daripada 30%

Rakan, mungkin ramai. Tapi tak seramai kawan.
- Rakan, kenal nama, berapa adik beradik kita, kat mana kita belajar, boleh kata tahu la segala hal-hal berkaitan kita, melainkan hal peribadi.
- Rakan, ada yang selalu jumpa. Selalu berjumpa itu 'Rakan Baik'. Jarang berjumpa itu Rakan.
- Rakan, bila berjumpa makan bersama. bila nak bayar sendiri-sendiri.
- Rakan, buat homework sama-sama. bila dah penat kadang-kadang cakap macam ni "Aku dah penat ni, aku balik bilik dulu ye."
- Rakan, perkara baik pasal kita dia cerita, perkara tak baik pun kadang-kadang cerita tapi kurang sikit nak banding kawan.
-Rakan, selalu berbicara bersama. just kadang-kadang je ada cerita sikit-sikit pasal hal peribadi. overall selalunya cerita tentang hobi dan minat.
- Rakan, peratus kepercayaan 50~70%

Sahabat, mungkin ada yang mempunya ramai sahabat, tapi tak seramai rakan. Mungkin juga ada yang mempunyai sahabat tidak lebih daripada bilangan jari yang dikurniakan Allah SWT di tangan kita.
- Sahabat, segala-galanya tentang kita dia tahu. tentang ahli keluarga, tentang diri kita dan lain-lain.
- Sahabat, selalu berjumpa 'Sahabat baik'. Jarang berjumpa itu 'Sahabat'.
- Sahabat, hal peribadi pun beritahu.
- Sahabat, makan duduk semeja, bila nak bayar, masing-masing bawak keluar dompet nak belanja. Tak pun selang seli, "Minggu lepas hang dah belanja, takpa la kali ni aku bayaq pulak."
- Sahabat, susah senang bersama. "Hari ni hang susah, aku tolong, esok lusa mana tau hari aku pulak... tak payah la nak segan..."
-
Sahabat, kalau ada homework, sama-sama buat. Selagi tak siap, selagi tu buat sama-sama.
- Sahabat, bila kita sakit, mereka la antara orang-orang yang pertama sekali datang melawat. Sanggup datang ziarah walaupun jauh.
- Sahabat, segala perkaran baik tentang kita diceritakan segala perkara buruk dirahsiakan.
- Sahabat, sanggup berkorban. Walau apa jua.
- Sahabat, peratus kepercayaan melebihi 90%


Cuba kalian kira, berapa ramai sahabat kalian. Bagi yang mempunyai ramai sahabat yang baik. Tahniah diucapkan....
Akhir kalam, wassalam... v(^_^)