Friday, November 20, 2009

Bakal Tiba Lagi




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Pejam celik, pejam celik, insyaAllah minggu depan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Macam baru semalam menyambut Hari Raya Aildil Fitri. Cepat betul masa berlalu tanpa kita sedar. Buat rakan-rakan yang dapat menyambut dengan meriahnya Hari Raya Aidil Adha minggu depan, penulis harapkan kalian berbahagia di hari raya. InsyaAllah, bermula hari Khamis, 26 November 2009, penulis akan menghadapi peperiksaan. Tak dapat rasanya nak menyambuat hari raya nanti. Sebab exam selesai 2 Disember 2009. Tolong doakan kejayaan penulis ye... v(^_^)

Akhir kalam... wassalam...

Monday, November 16, 2009

Kyoto dan Osaka, Jepun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

14 dan 15 November lepas, penulis ada mengikuti lawatan ke Kyoto dan Osaka, Jepun. InsyaAllah di bawah ni beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama kalian... Maaf dapat upload sikit je, sebab kekangan masa. InsyaAllah nanti penulis akan upload lagi...


Osaka Castle


 
Kereta Api yang digunakan untuk membawa pelancong mengelilingi Osaka Castle



Ini permandangan dari atas sewaktu penulis menaiki sebuah bukit



Permandangan berhampiran Osaka Castle

Buat pengetahuan dua gambar pertama di atas adalah percubaan penulis membuat gambar HDR... InsyaAllah, nanti akan menyusul gambar-gambar yang lain di lain hari...  (^_^)


Akhir kalam... wassalam...

Sunday, November 8, 2009

Sebiru Hari Ini

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

InsyaAllah hari ni nak kongsikan satu lagu daripada kumpulan Edcoustic. Lagu yang menceriakan kalian. Selamat menghayati~ (^_^)





Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Saturday, November 7, 2009

Pertunangan (Siri 2)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

InsyaAllah dalam post kali ni, penulis nak buat pembetulan dalam post yang lepas. Berkaitan dengan isu pertunangan di dalam post lepas. Untuk ke post yang lepas sila klik!!! sini...

Kesilapan di dalam post yang lepas,

Tetapi jika lelaki tersebut berkata seperti berikut:-

"InsyaAllah selepas habis belajar saya berhasrat untuk menjadikan awak isteri saya..."

Sebenarnya ayat lelaki tersebut masih 'tergantung', dan ia juga tidak dikira meminang. Apatah lagi Bertunang. Ini kerana selepas habis belajar masih ada ayat seterusnya. Andai lelaki tersebut berkata begini, ianya hanya sekadar menyampaikan hasrat.

Di sini ada sedikit pembetulan. Penulis meminta maaf pada pembaca-pembaca sekalian. Hasil perbincangan dengan guru penulis sekali lagi, sebenarnya ayat tersebut tidak 'tergantung', sebenarnya andai lelaki tersebut berkata begini dengan niat, lelaki tersebut sedang Meminang. Andai di pihak wanita menerima pinangan ini, adalah sah di sisi SYARAK mereka sudah Bertunang. Tetapi dalam Budaya Melayu, mungkin orang akan mengatakan Bertunang secara tak rasmi. Kerana di dalam proses pertunangan tersebut tidak melibatkan wali, penghantaran dan sebagainya seperti di dalam Budaya Melayu. Namun adalah lebih baik bagi pihak wanita berbincang dengan wali serta beristikharah dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Wali di pihak wanita juga mempunyai hak untuk menentukan pasangan buat pihak wanita walaupun akhirnya, perlu meminta persetujuan daripada Empunya Badan.

Maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Andai kalian mempunyai sebarang persoalan atau komen, sila tinggalkannya di bahagian komen di bawah. Sekali lagi penulis memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.


Akhir kalam... wassalam...

p/s: Gambar cincin di atas adalah gambar hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan pnulis dan cincin tersebut bukan milik penulis mahupun bakal tunangan penulis...    v(^_^)

Thursday, November 5, 2009

Dari E7 ke A1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Sekadar mahu menceritakan tentang salah seorang guru yang telah banyak berjasa. Seorang guru yang telah membuatkan seorang murid yang mana pada Peperiksaan Percubaan SPM hanya mendapat gred E7 dalam mata pelajaran Add Math. Tetapi akhirnya murid tersebut mendapat A1 dalam  peperiksaan SPM. Ini bukan kisah dogengan, inilah realiti. Tontoni video di bawah, insyaAllah kalian akan mengenali beliau serba sedikit.




Sebenarnya 'murid' yang penulis maksudkan di atas adalah diri penulis sendiri. Penulis sangat-sangat terhutang budi kepada Puan Rohaiza atau di sekolah lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rohaiza, seorang guru yang sangat berdedikasi. Selepas peperiksaan Percubaan SPM, Puan Rohaiza akan datang setiap pagi seawal jam 0630 pagi untuk mengadakan kelas tambahan buat murid-muridnya. Dan setiap hujung minggu Puan Rohaiza akan 'belanja' anak-anak muridnya makan selepas habis kelas. Makanan yang dibawa sendiri dari rumah. Patutnya, kami yang belanja cikgu, ini terbalik pulak jadinya. Tidak dilupakan juga buat guru-guru Matematik yang lain yang banyak membantu penulis dalam mata pelajaran matematik ketika di ASiS. TERIMA KASIH CIKGU...
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, sewaktu di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, penulis adalah salah seorang pelajar di kelas terakhir. Keputusan Add Math penulis tidak pernah melebihi gred C6  kalau tak silap. Syukur alhamdulillah kerana Allah mengurniakan guru-guru yang berdedikasi dan juga sahabat-sahabat yang banyak membantu penulis. Alhamdulillah, keputusan SPM agak baik. Sekarang penulis sedang belajar di salah sebuah kolej kebangsaan di Jepun dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Buat guru-guru dan sahabat-sahabatku, Semoga Allah sentiasa memberkati walau di mana pun kalian berada. InsyaAllah...

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Tuesday, November 3, 2009

InsyaAllah...




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

InsyaAllah hari ni sekadar mahu berkongsi satu lagu. InsyaAllah sama-sama kita menghayati lagu INSYAALLAH, nyanyian Maher Zain...






Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Buat rakan-rakanku, jangan sesekali kita berputus asa. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.
Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Monday, November 2, 2009

Meminang dan Bertunang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Meminang dan bertunang, 2 perkataan yang membawa maksud yang berbeza, tetapi berada di bawah satu topik yang sama iaitu Pertunangan.

Di dalam post kali ini, penulis mahu membincangkan berkaitan post yang terdahulu mengenai pertunangan (sila klik! untuk lihat post tersebut) yang mana ramai yang salah faham. Termasuk penulis sendiri. Oleh itu, penulis sendiri telah merujuk hal ini pada seorang guru agama yang pernah mengajar penulis dahulu.

Berkenaan dengan 5 cara  Pertunangan Di Sisi Syarak, di sini agak ramai yang salah faham. Bagi penulis adalah lebih baik andai perkataan Pertunangan itu digantikan dengan Meminang. Ramai yang salah faham bahawa 5 cara Meminang itu adalah Bertunang.

Di sini penulis ingin menjawab kembali soalan daripada rakam-rakan yang bertanya.

Soalan daripada CT Pataepannang:-
"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"

lelaki tu cakap mcm mane ek?
boleh terangkan lagi detail tak? 

Jawapan  daripada penulis:-
Daripada soalan ukhti itu, andai seorang lelaki pernah menyampaikan hasratnya, itu adalah Meminang dan mereka belum lagi Bertunang. Contohnya apabila seseorang lelaki melamar seorang wanita seperti berikut
"Saya ingin mengahwini awak" @ "Sudikah awak menjadi Isteri saya yang sah" @ "Jom kita kahwin"
Andai lelaki tersebut melafazkan kata-kata sebegini, lelaki tersebut sedang Meminang.

Tetapi jika lelaki tersebut berkata seperti berikut:-
"InsyaAllah selepas habis belajar saya berhasrat untuk menjadikan awak isteri saya..."

Sebenarnya ayat lelaki tersebut masih 'tergantung', dan ia juga tidak dikira meminang. Apatah lagi Bertunang. Ini kerana selepas habis belajar masih ada ayat seterusnya. Andai lelaki tersebut berkata begini, ianya hanya sekadar menyampaikan hasrat.

Kebiasaannya pertunangan antara lelaki dan wanita disertai dengan 'tanda' bagi menunjukkan bahawa pihak wanita sudah berpunya. Maka haramlah bagi seorang saudara lelaki seislam yang lain masuk meminang wanita tersebut kerana ia dilarang sama sekali di dalam Islam. 


insyaAllah andai kalian ada sebarang persoalan, komen atau teguran, bolehlah tinggalkannya di bahagian komen di bawah. InsyaAllah penulis akan reply ASAP.

Akhir kalam... wassalam... v(^_^)