Wednesday, December 23, 2009

Rendahkah Martabat Wanita Dalam Islam?

"Lelaki Islam boleh belajar tinggi-tinggi tapi perempuan Islam tak boleh kan?"
"Eh? Mana ada macam tu."
"Dulu saya ada terbaca dalam sebuah buku mengenai Islam, ada tertulis macam tu. Waktu tu, saya fikir nasib baik saya bukan orang islam."

"Islam tak pernah merendahkan martabat wanita."

"Jadi semua tu tak betullah?"

"Ye, semua tu salah"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Pertama sekali penulis meminta maaf sebab dah agak lama tak update blog ni. Sebab sibuk dengan beberapa perkara.

Dialog di atas adalah perbualan penulis dengan seorang wanita Jepun yang mungkin usianya dalam lingkungan 40-an. Pada mulanya wanita tersebut bertanyakan megenai 'mengapa orang Islam tak makan daging?'. Kemudian penulis menerangkan pada wanita tersebut, orang Islam bukan tak makan daging atau tak boleh makan daging. Cuma cara penyembelihan yang telah ditetapkan syariat perlu dilakukan. Kalau tak dilakukan makan haramlah daging itu untuk dimakan. Hanya daging khinzir yang sememangnya tak boleh dimakan. Kemudia wanita itu bertanya sepertimana di atas. Terkejut juga penulis pada mulanya. Tak sangka sampai begitu sekali Islam difitnah melalui penulisan. Entah buku mana yang wanita itu baca, terlupa pula untuk bertanya.

Wanita di zaman Jahilliyah
Pada zaman Jahilliyah martabat wanita sangat rendah. Wanita sering tertindas. Andai kita melihat catatan sejarah fenomena ini berlaku di seluruh dunia ketika itu, terutamanya di kalangan bangsa Arab. Di Eropah, Amerika, Timur Tengah dan sebahagian Asia, wanita diperjual belikan secara bebas. Adakalanya wanita diperlakukan seperti barang hiasan saja. Para raja dengan sewenang-wenangnya menghadiahkan wanita kepada pembesar-pembesar atau raja di kawasan lain. Di kalangan bangsa Arab, penindasan terhadap wanita dilakukan sejak lahir lagi. Andai isteri melahirkan seorang anak perempuan, maka merah padamlah muka si suami kerana malu. Mereka akan merahsiakan berita mengenai kelahiran anak perempuan itu atau mereka akan membunuhnya. Hal ini ada dicatitkan di dalam Kalamullah.
"Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang dia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): Adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu."
Surah An-Nahl : ayat 58-59

Saidina Umar Al-Khattab, sahabat Rasulullah, beliau sendiri pernah membunuh anak perempuannya hidup-hidup sebelum kedatangan Islam. Selain itu, pada zaman itu, lelaki boleh berkahwin dengan seberapa ramai perempuan yang diingininya. Lebih teruk lagi apabila setelah si bapa meninggal dunia, para isteri akan diwariskan kepada anak-anak lelaki. Sungguh tidak bermoral perlakuan seperti itu.

Islam memartabat kaum wanita
Sesungguhnya Allah mengecam sama sekali apa yang dilakukan oleh lelaki zaman Jahilliyah pada waktu itu dan kedatangan Islam sekaligus memartabatkan wanita di tempat yang lebih mulia. Firman Allah SWT tercatit di dalam Kalamullah yang bermaksud,
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
                                                                                                                Surah An-Nisa: ayat 23

Islam datang untuk mengubah peradaban manusia yang semakin rosak. Wanita diberi pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selain mengecam perbuatan-perbuatan lelaki-lelaki zaman Jahiliyah, Allah juga menujukkan jalan keluar bagi masalah tersebut dan mengampuni dosa-dosa mereka selagi mereka cuba untuk memperbetulkan kesilapan mereka dan bertaubat.

Betapa mulianya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Tatkala wanita ditindas, hadirnya Islam memberikan pembelaan yang sebaiknya. Banyak lagi ayat-ayat di dalam Kalamullah dan hadis-hadis yang memartabatkan kaum wanita. Ayat-ayat di atas hanya sebahagian daripadanya. Oleh itu, para wanita peliharalah dirimu dan kehormatanmu. Andai jatuh cinta, jadikan cinta Allah itu cinta utama. Janganlah bergelumang dengan cinta yang diharamkan Allah sebelum perkahwinan. Kelak akan hilang manisnya cinta yang lebih mulia selepas perkahwinan. Peliharalah dirimu dan hargai dirimu sebaiknya.

Sebuah lagu didekasikan khas buat wanita  =)




                        

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Monday, December 14, 2009

Satu Rindu




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
 

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Hari ni nak kongsi satu lagu. Sangat suka dengar lagu ni. Nyanyian Opick feat Amanda. Satu Rindu. Sama-sama kita hayati. InsyaAllah... Dedikasi khas buat ibu ku dan para ibu yang sedang menziarah blog Fakhrul Islami... (^_^)





Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

Maaf gambar video tak berapa jelas. Ini sahaja yang terjumpa di You Tube.

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

Tuesday, December 8, 2009

Ketika Cinta Bertasbih (KCB)




Lagu Ketika Cinta Bertasbih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Ketika Cinta Bertasbih (KCB)...
Satu lagi film dari negeri seberang yang difilemkan daripada Novel Ketika Cinta Bertasbih karya penulis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El Shirazy. 

Diadaptasi dari novel karya Habibburahman El Shirazy. Ketika Cinta Bertasbih terdiri dari 2 siri dan diminati oleh para pencinta novel islamik. Novel Ketika Cinta Bertasbih telah menjadi salah satu buku best seller di negara seberang. Namun tak kurang hebatnya jualan novel ini di negara kita. Hingga kini lebih dari 1 juta nashkah novel tersebut laris terjual di negara seberang.



Filem Ketika Cinta Bertasbih telah dirakamkan di lokasi asal seperti yang tertulis di dalam novel iaitu di Mesir, tidak seperti filem Ayat-ayat Cinta, yang mana lokasi filem dirakamkan bukan lah di Mesir dan babak ketika Maria dan Fahri berbicara berduaan yang kononnya berhampiran Sungai Nil seperti yang ditunjukkan di dalam filem, sebenarnya bukanlah berhampiran Sungai Nil.


Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan  Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar Cairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Demi untuk menyara ibunya yang tidak sihat dan adik beradiknya di Solo, Indonesia, Azzam sengaja mengulang tahun pengajiannya, sambil berniaga bakso dan tempe. Hasil keuntungan jualan tersebut Azzam mengirimnya kepada keluarga di Indonesia setiap bulan. Dari pekerjaannya itulah, dia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Cairo dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-modern, puteri kepada Dubes RI di Mesir.


Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahsia Illahi dan memahami cinta daripada perspektif islam. Kehadiran Anna Althafunnisa (Oki Setiana), seorang wanita solehah yang membuatkan hati Azzam tertarik padanya menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta. Namun mereka tidak ditakdirkan bersama. Furqan(sahabat Azzam) telah terlebih dahulu melamar Anna. Anna telah menerima lamaran Furqan setelah Furqan bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Anna(nak tahu apa syaratnya? tengok filem ye..). Walaupun di dalam cerita ini, sebenarnya hati Anna telah tertarik kepada Azzam kerana Azzam telah membantunya saat Anna dan rakannya di dalam kesusahan.

Dapatkah Azzam lulus peperiksaan dan pulang bertemu keluarganya di Solo? Siapakah yang akan berkahwin dengan Anna Althafunnisa, Azzam atau Furqan? Nak tahu lebih lanjut sila baca novel Ketika Cinta Bertasbih atau menonton filemnya.

Penulis baru sahaja selesai mononton cerita tersebut. Tetapi jujur penulis katakan, membaca novel Ketika Cinta Bertasbih jauh lebih menarik kerana di dalam filem ini, banyak bahagian-bahagian yang ada di dalam novel yang tidak difilemkan. Penulis beri 4 setengah bintang untuk novel KCB tetapi hanya 3 bintang untuk filem KCB.
website Filem Ketika Cinta Bertasbih


 Intro Ketika Cinta Bertasbih bersama trailer



Akhir kalam... tidak semestinya dengan menutup aurat sepenuhnya, seorang wanita tak dapat berlakon dengan baik. Andai kalian perasan, Oki Setiana yang memegang watak Anna Althafunnisa tak pernah sekali pun menanggalkan tudung apatah lagi mendedahkan auratnya. Sepatutnya di Malaysia juga mencari pelakon-pelakon seperti Oki Setiana. wassalam... (^_^)

Saturday, December 5, 2009

Nur Kasih... impak berganda...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Lama betul tak update blog ni. Sebab baru je habis exam. Alhamdulillah... exam pun boleh dikatakan dapat jawab dengan baik. Lebih baik kalau nak dibandingkan dengan exam sebelum ni.

Actually, nak buat ulasan sikit pasal drama Nur Kasih. Drama yang boleh dikatakan menjadi 'fenomena', tak kira sama ada daripada golongan mak cik dan pak cik, ataupun para remaja. Penulis juga turut meminati drama tersebut. Setiap minggu penulis akan menonton secara online di website TV3 kerana tidak dapat menonton di televisyen kerana berada di perantau. Tetapi penulis ada menjumpai satu ulasan yang sangat baik di laman I Luv Islam. So penulis hanya copy paste saja kali ni. Selamat membaca...

Nur Kasih, Mencari Diri
www.iLuvislam.com
ditulis oleh : ZaffanKhalid
editor : NuurZaffan




“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.
Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?
Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.
Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?
 
Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!


Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!



Pencarian Diri Bermula



Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah SWT.


 
Berapa peratuskah 'Sarah' dalam diri kita?

Aplikasi Buat Anak Muda


Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.

 
 
Setiap Manusia Punya Kebaikan
”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.
”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!




Akhir kalam...  untuk berubah itu mungkin susah, namun tidak mustahil sama sekali. Sekalipun andai kita telah tersesat jauh, tidak mustahil untuk menemui jalan pulang kepada yang Maha Esa. Wassalam... (^_^)