Sunday, June 20, 2010

2 Matahari esok, tahukah???

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Adakah kalian tahu? InshaAllah, esok berkemungkinan besar kita akan dapat melihat 2 Matahari. Salah satu bintang yang bernama
Bintang Aderoid(Star Aderoid) berkemungkinan akan berada pada satu jarak yang sangat dekat dengan Bumi, iaitu hanya sejauh 34.65M miles(batu) dari Bumi. Oleh itu, rakan-rakan jangan lupa ya untuk melihat-lihat langit pada esok hari. Kita yang hidup pada hari ini, mungkin hanya berpeluang melihat kejadian ini hanya sekali seumur hidup. Kerana mengikut kajian, kejadian yang sama seperti ini hanya akan berulang pada tahun 2287(agak-agak boleh hidup ke sampai ke tahun ni? hehe...). Semoga ketemu 2 Matahari pada esok hari.

Firman Allah SWT:
" Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. "
(Surah Al-Hijr: ayat 16) 

Ini gambar 2 Matahari tersebut.


p/s:  Saya sendiri tak tahu bila gambar ni diambil...

Sumber: http://maharashtraspider.com/resources/3726-Watch-Two-Brightest-SUN-Same-Time-Star-Aderoid.aspx 



Akhir kalam... wassalam... (^_^)

2 comments:

  1. slm akhi,
    menarik..sini (Msia) leh tgok x?

    ReplyDelete
  2. salam...

    entahlah faiz, ana pun tak sure macamana dekat tempat lain. ana tengok dari sini(Jepun) pun tak nampak. wallahualam...

    ReplyDelete