Thursday, May 14, 2009

KAWAN AKU KENA RASUK...!!! TOLONG...!!!



assalamualaikum...

kisah benar dalam hidupku...

sape yang kene rasuk? apa yang terjadi? nak tau lebih lanjut? teruskan membaca hingga ke akhir...


Aku bersama beberapa orang rakanku, kami bersama-sama masuk ke dalam hutan. Atas sebab yang aku sendiri tak pasti. Beberapa orang sahabat lelaki telah berada jauh di hadapan. Aku bersama seorang sahabatku(aku andaikan dia sebagai M) berjalan agak terkebelakang. Kami bergerak perlahan. Di hadapan kami, kira-kira 15 meter dihadapan, terdapat beberapa orang rakan wanita yang turut sama masuk ke dalam hutan. Keadaan semakin gelap. Hampir kabur jalan di hadapan. Kabus semakin menyelubungi jalan. Tapi Aku bersama M terus bergerak perlahan di belakang kumpulan wanita yang berada di hadapan kami sambil berborak kosong.

Akhirnya kami tiba di suatu tempat, gelap, tetapi cerah dek terkena pancaran cahaya bulan purnama. Di situ, terapat sepohon pohon buluh. Suasana agak menyeramkan. Entah mengapa tanpa sebab, tiba-tiba seorang rakan wanita terus ke hadapan menggoncang pokok buluh tersebut. Aku dan M melihat sahaja dari jauh.Pelik...


"Ape mende diaorang buat tu? Kat tengah-tengah hutan ni... nak kene rasuk ke???"

tiba-tiba M bersuara... Kemudian keadaan bertukar menjadi senyap... bunyi cengkerik jelas kedengaran. Selang beberapa saat, terdengar suara seorang rakan wanita...


"ARGH....!!! Jangan kacau aku....!!! Pegi...Pegi..."

Suasana hening bertukar cemas... selang beberapa saat, rakan wanita yang lain turut menjerit. Seorang demi seorang. Kurang daripada seminit, semua wanita yang berada di hadapan kami menjerit. Telah dirasuk. Meracau-racau tiada henti. M menarik aku masuk di sebalik semak. Kami melihat dari sebalik semak. Rakan-rakan lelaki lain yang berada di hadapan, telah berada jauh di entah kemana. Hanya aku bersama M sahaja lelaki yang berada di situ. Aku mengajak M ke hadapan untuk membantu rakan-rakan wanita tersebut. Aku menarik tangan M. Tetapi M langsung tidak berganjak. Aku dapat rasakan... sejuk... sejuk yang teramat sangat. Aku memandang kiri...


"Ya Allah....!!!"

Aku melihat M. Pucat. Mukanya berubah... putih, putih seputihnya. tetapi lain pula dengan mata dan mulutnya...HITAM... Suatu perubahan yang tidak ku jangka. Jantungku berdegup pantas.... Manakan tidak, terkejut melihat sahabat di sebelah berubah wajah seperti itu. Aku... kaku...

Suddenly...


"Astaghfirullah.... Innalillah hiwainna ilaihiraajiuunn...."


Aku membuka mata... aku menarik nafas panjang...aku terjaga daripada tidur... astaghfirullah... mimpi rupanya... tetapi jantungku berdegup pantas yang teramat sangat. Dahiku... menitis peluh kesejukan... Aku melihat jam, waktu menunjukkan tepat pukul 2.53 pagi... 40 minit sebelum waktu subuh...(di Jepun tempat di mana aku belajar, waktu subuh sekarang pada pukul 3.23 pagi, bersamaan pada pukul 2.23 pagi waktu Malaysia). Aku berfikir sejenak, mengapa aku mendapat mimpi seram sebegitu? At last, aku teringat, sebelum tidur, aku tidak berwuduk. Tidak seperti kebiasaannya, disebabkan terlalu penat study, sampai dah mengantuk sangat. Aku terus tidur. Daripada mula sedar daripada mimpi, aku tak berhenti mengucapkan lafaz istighfar, sehinggalah aku tertidur kembali... syukur alhamdulillah...dapat jugak tido lena balik... Huhu...


Terima kasih pada semua yang baca sampai habis. Maaf ye, hanya mimpi. Tapi mimpi ni benar aku dapat.Betul-betul buat aku rasa sangat cuak. Dah berapa tahun dah tak dapat mimpi seram macam ni. Tibe-tibe je dapat malam tadi...huhu...


mungkin ini salah satu cara daripada Allah SWT untuk menegur aku... Ya Allah ampuni dosa hamba Mu ini yang selalu alpa dan lupa....Amin Ya Rabbal Alamin...

ada ape-ape nk cakap? sila tinggalkan komen ye...

Wassalam...


p/s: lain kali sebelum tido jgn lupe berwuduk dulu ye... hihi... pesanan buat sahabat-sahabat jua buat diriku yang selalu lupa...

7 comments:

  1. faUzaN yg heNsemMay 15, 2009 at 11:30 PM

    pergh..
    jln citer hg bler antar kt ahmad idham utk wat filem seram yg tbaru dia..
    mst lg meletup dr cite 'jgn tegur' lar..
    konfirm ahmad idham wat cite jgn goncang' plak..
    hahah..

    ReplyDelete
  2. salam.ooo,agaknye ini la mimpi yang anta gtau kat YM hari tu.xpe,sekadar mimpi.kalau ikut kaedah islam,jika kita mimpi buruk sebaiknya apabila terjaga terus baca doa.lepas tu ludah kat sebelah kiri tiga kali (hanya isyarat).kemudian boleh sambung tidur.jika masih bermimpi,ubah posisi tidur beserta doa.

    ReplyDelete
  3. ko stadi sampai lewat mlm??
    pergh...

    ReplyDelete
  4. to anonymous...

    huhu... nk wat camne... homwek bnyak...

    to Dr Farzy...
    tak... tak... ni mimpi lain... mimpi yg ana cerita kat enta hari tu lain...mimpi ni mmg ana mmg rasa skadar permainan tido... mimpi hari tu kan ana dah cerita kat enta.. psal ana baca Al-Quran tu... ingat lg?


    to fauzan yg bajet hensem...
    haha... yo la tu... bleh je... ko pg le hantaq kat dia haha..

    ReplyDelete
  5. Hmmm... walaupun citer ni hanya mimpi yang saudara alami, tapi sedikit sebanyak macam ada persamaan dengan yang pernah terjadi secara realitinya, iaitu rasuk-merasuk yang boleh berjangkit tu..
    Saya pun pernah bermimipi.. bukan mimpi indah tapi lebih kepada peringatan atau petanda untuk sesuatu perkara yang akan datang berlaku..kebarangkalian mimpi itu benar boleh jadi 50%. Jadi saya selalu beringat dan cuba bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku kalau bermimpi. sebabnya bukan setiap hari tidur dapat mimpi..kan. Tapi ada sesetengah mimpi tu cuma mainan tidur.. sebab terlampau stress, faktor persekitaran atau perubahan yang berlaku pada biological clock. Mimpi biasanya berlaku pada REM stage (rapid eye movement) dalam peringkat tidur, di mana mata mula bergerak mengikut gelombang otak. Ada 4 stage proses tidur: stage 1,2 - proses tidur bermula. stage 3 - permulaan kepada tidur nyenyak. stage 4 - peringkat tidur paling nyenyak.. setiap stage berkitar dan setiap kitar ambil masa 60-90 min.

    ReplyDelete
  6. To Anonymous...
    wah... penuh fakta. terima kasih atas ilmu yg diberi =)

    ReplyDelete
  7. salam, ana rasa la ludah klu terjaga dr mimpi buruk tu.. xperlu..
    skadar bca ayat2 suci..ayat kursi ke..
    takpun bangun je buat tahjud..
    wallahua'lam..

    ReplyDelete