Saturday, May 9, 2009

Hanami (Flower Viewing)




Assalamualaikum...

Dah terlalu lama Kristal tak meng'update' blog ni. Di sebabkan kekangan masa (cari alasan je ni hihi...) selalu terlupa untuk meng'update'. InsyaAllah mulai hari ni Kristal berazam untuk meng'update' blog ni selalu... Moga janji tidak dilupakan...

InsyaAllah kali ni Kristal nak bercerita sikit pasal 'Hanami' kat Jepun, di negara Kristal tgh belajar sekarang. 'Hanami'(dalam Bahasa Jepun@Nihongo) atau dalam English, 'Flower Viewing' atau dalam Bahasa Melayu, 'Melihat Bunga' (banyaknye atau, maaf ye...).

Hampir keseluruhan tempat di Jepun biasanya akan menyambut 'Hanami' dalam bulan April. Yang mana pada waktu ni musim yang paling diminati, iaitu Musim Bunga. Pada jangka masa musim bunga ni, banyak bunga-bunga akan mekar. Bunga yang paling popular di sini semestinya Bunga Sakura. Pada musim bunga, bunga-bunga sakura akan kembang indah kat merata-rata tempat. Indahnya ciptaan Illahi. Pada waktu ini, orang-orang Jepun akan meraikan kembangnya Sakura di taman-taman bunga. Sambil ber'Hanami' terdapat juga persembahan-persembahan di taman-taman yang mengadakan Festival 'Hanami'. Waktu sebegini, sememangnya taman-taman bunga akan di datangi orang ramai(memang sesak...(>_<) ). Jadi kalau nak pergi tengok bunga kat taman memang kena pergi awal sikit.Kat bawah ni video gambar-gambar bunga sakura yang sempat Kristal ambil hari tu. Moga dapat pergi 'Hanami' lagi tahun depan.InsyaAllah...

Setakat ni dulu daripada Kristal untuk kali ni.InsyaAllah... nantikan yg seterusnya... v(^_^)

Wassalam...


video

2 comments: