Thursday, November 25, 2010

Eksperimen Berjaya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t
Semalam status di facebook dan juga inbox facebook penuh dengan mesej kawan-kawan. Ramai sungguh yang tanya. Maaf semua, bukan sengaja. Sekadar nak buat eksperimen, dengan hipotesis yang aku fikirkan. Dan ternyata hipotesis aku terbukti...(ada la bangga sikit... hehe...)
Aku tulis macam ni dalam status facebook semalam,

"Lebih kurang 4 bulan lagi. Takkan hari ni nak kena tetapkan tarikh? aduh... dilema dibuatnya..."


Ternyata lepas tu, memang ramai yang komen tak kurang jugak ada yang hantar mesej masuk ke inbox. Hampir kesemuanya sangka aku bakal berkahwin. Tak ada seorang pun yang bertanya dengan soalan yang aku harapkan. Akhirnya, petang tadi, aku ceritakan jugak hal sebenar berkaitan status facebook kat atas ni.

Insya-Allah, beberapa bulan lagi, aku akan memasuki alam baru, alam kerjaya dan meninggalkan alam 'persekolahan'. Tapi yang mungkin agak menyesakkan aku nanti, aku cuma ada masa lebih kurang 10 hari untuk membuat persiapan lepas aku pulang ke Malaysia sebelum aku mula bekerja. Aduh... terlalu singkat rasanya. Nak kena lapor diri dengan JPA di Putrajaya, cari rumah yang dekat dengan tempat kerja, transport, macam-macam lagi nak kena fikir. Bertawakal penuh aku pada Allah bila balik nanti. Asalnya syarikat nak aku mula bekerja bulan 3. Tapi, disebabkan aku konvo pertengahan bulan 3, agak impossible untuk aku mula berkerja dalam bulan 3. Macam-macam hal jugak nak kena urus sebelum balik. Doakan moga Allah mudahkan segala-galanya untuk aku, rakan-rakan sekalian.

Buat rakan-rakan, sahabat-sahabat, aku minta maaf, mungkin nanti bila aku dah balik Malaysia, tak sempat nak jumpa. Plan asal, ada jugak fikir nak buat kenduri doa selamat, nak kumpul semua kenalan dekat rumah. Maaf tak ada rezeki nampaknya. Masa terlalu singkat. Insya-Allah, aku harap dapat jumpa kalian nanti. To all my friends, who always be supportive, terima kasih. Doa aku sentiasa buat kalian. Semoga berjumpa nanti. 

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". 
Riwayat Hadith al-Bukhari
 
Akhir kalam... wassalam..

4 comments:

  1. salam akhi
    lama tak update blog..
    thniah diucapkan..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.
    memang lama, agak sibuk di sini. terima kasih...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    tk boleh komen?
    ermm tak tau knpa..tp kwn komen blh je..
    knpa ek?
    huhu

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam.
    entah le... tak tau knp... ada problem dgn connection kut...

    ReplyDelete