Friday, February 5, 2010

Aku Melihat...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Aku Melihat
ada orang
memelihara mulutnya
daripada memakan makanan yang syubhah
apatah lagi yang haram
sekali termakan
menangis
menyesal semahu-mahunya
tapi...
mulut mereka
tak pernah berhenti
mengumpat, mencaci, menfitnah
mengapa?
tiada penyesalan?
tiada sedikit pun rasa berdosa?
apa halalkah?
yang kalian sedang lakukan?




Aku Melihat
ada orang
memelihara mulutnya
tidak mengumpat, mencaci apatah lagi menfitnah
kurang sahaja percakapannya
baik-baik sahaja yang diucapkan
tapi...
sesetengah yang haram
apatah lagi yang syubhah
masuk sahaja ke mulutnya
asalkan
bukan seketul daging khinzir
katanya
"kita tak tahu macam mana proses makanan ni dibuat. So tak apa la"
segalanya ditelan
langsung tidak dikaji
halal haram makanan syubhah tersebut

Aku Melihat
ada orang
mengumpat, mencaci apatah lagi menfitnah
tapi...
tidak cukup dengan itu
sesetengah yang haram
apatah lagi yang syubhah
ditelan sahaja
asalkan
perut kenyang
senang hati


Aku Melihat
terasa bertanggungjawab
aku pun menegur
mahu tahu?
apa kata mereka??
"ingat kau suci sangat!!!"
langsung...
tiada rasa penyesalan
ya aku hanya manusia biasa
tidak lari daripada dosa
tiada yang sesuci
Rasulullah Al-Amin
tiada yang sesuci
bayi yang baru dilahirkan

Aku Melihat
aku mendengar
seraya bertanya
"kalau begitu, apa dosaku? nyatakan..."

Aku Melihat
mereka senyap
tiada jawapan
aku masih
menanti jawapan
aku ulang sekali lagi
"apa dosaku?"

Aku Melihat
aku menanti
namun
tiada sepatah kata pun
yang diucapkan

Aku Melihat
hanya yang ada
mata-mata
menjeling tajam
tanda
tidak mahu menyerah kalah

Aku Melihat
dunia
semakin hari
orang semakin alpa
bilakah kalian
mahu menjadi manusia?

Aku Melihat
aku sedih
aku tak upaya
mengubah mereka...

12 comments:

  1. Ya Allah..

    moga-moga aku tidak trmasuk dlm mana2 golongan pun.. dan kiranya aku sekeji itu, berikan aku petunjukMu utk mencari kebenaran dan keluar dari kejahilanku..

    perkenankanlah ya Allah..

    ReplyDelete
  2. Memang banyak kita 'melihat' namun ianya perlu disusuli dengan pencegahan sekudrat yang ada.. Jadilah golongan yang mencegah berbanding yang melihat. Posting akhi kali ni menarik dan menginsafkan..keep blogging..

    ReplyDelete
  3. to syauqahwardah1209
    insyaAllah semoga Allah perkenankan doa ukhti...

    ReplyDelete
  4. to Faiz As-Syirazi
    itulah adakalanya ana cuba mencegahnya, tetapi mereka seakan mengatakan yang halal itu haram... astaghfirullah...

    syukran, insyaAllah memang akan cuba untuk selalu update. cuma masa tak mengizinkan...

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah...

    Ya Allah...takut kiranya jadi seperti mereka..mintak dijauhkanlah..

    apa pun, moga2 istiqomah dlm menyampaikan...

    ReplyDelete
  6. salam...
    semoga Allah memelihara ukhti... tetapkan zikir dan fikir di dalam diri...

    ReplyDelete
  7. salam, menjaga penglihatan adalah satu ibadah yang besar.

    ReplyDelete
  8. salam,

    timbul satu soalan nak tanya pada penulis.,

    apakah hukum jika kita makan makanan yang mengandungi arak walaupun dalam kuantiti sedikit dan tidak memabukkan kita? contoh, ada sedikit kuantiti arak dalam sejenis kek. macam mana tu?

    ReplyDelete
  9. waalaikumussalam...

    Hukum meminum arak adalah haram, tak kira sikit atu banyak. although just 0.000000000000001% ada kat dalam makanan atau minum, contohnya macam cik sizuka tny, kat dalam kek. Melainkan ketika darurat. Harus meminum arak, tapi sekadar untuk dapat hidup, bukan sehingga kekennyangan.

    Firman Allah yang bermaksud :

    ”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu MENJAUHInya supaya kamu berjaya”.

    (Surah Al- Maidah ayat 90)

    kalau kita lihat dalam ayat di atas. Allah menyuruh kita MENJAUHI hal-hal seperti di atas... termasuk juga arak apatah lagi meminumnya.

    Sama juga dengan firman Allah SWT mengenai maksiat dan zina.

    Allah swt berfirman:

    “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

    di dalam ini juga, Allah menyuruh manusia agar tidak mendekati maksiat dan zina, apatah lagi melakukannya...

    harapnya, mudah faham dengan penerangan ni. kalau tak faham, dialu-alukan untuk bertanya lagi...

    ReplyDelete
  10. salam..oh. ok. thanks for an explanation..kalau ubat yg mengandungi dadah? cthnya panadol? mcm mn pulak ea?

    ReplyDelete
  11. kalau kata ubat moden. rasanya boleh kata semua ubat ada dadah. Tapi hukum makan ubat ni harus, sebab ubat menyembuhkan penyakit. tapi bila diambil pada kuantiti yang banyak sampai boleh menyebabkan mabuk @ kemudharatan pada diri, hukumnnya haram. tak macam arak, arak sememangnya tak membawa apa-apa kebaikan. sebab tu kalau minum although sikit dah dikira haram. bagi aku jugak, hukum hisap rokok jugak haram. sebab rokok, langsung tak bagi apa-apa kebaikan pada si perokok.

    ReplyDelete
  12. salam.

    erk. betul. rokok tak bawa apa-apa kebaikan pon. tapi, masih ramai lagi yang merokok kan. apa la yang sedap sangat rokok tu kan. erk. hanya smoker je yang tahu agaknya. malas nak talk about smoker ni. takut nanti ada yang marah aku pulak. hohoho~

    ReplyDelete