Saturday, January 16, 2010

Langit dan Bumi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Langit dan Bumi. Yang manakah diciptakan terlebih dahulu? Adakah kalian mengetahuinya? Allah SWT berfirman di dalam surah An-Naziat:

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا
Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا
Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ دَحَاهَا
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);  

Surah An-Naziat; ayat 27-30


Di dalam ayat ini, Allah berfirman, bahawa Langit diciptakan dahulu sebelum Bumi. Allah mencipta Langit, kemudiannya Siang dan Malam, dan sesudah itu, Bumi diciptakan(bagi kemudahan penduduknya).

Tetapi di dalam surah Al-Baqarah, Allah berfirman, bahawa Bumi diciptakan terlebih dahulu sebelum Langit diciptakan. Firman Allah SWT;
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
Surah Al-Baqarah; ayat 29

Ulama tafsir secara umumnya mengatakan Bumilah yang diciptakan terlebih dahulu. Namun, hasil penemuan sains menunjukkan bahawa Langit diciptakan terlebih dahulu kerana kejadian alam bermula lebih daripada 10 bilion tahun dahulu sedangkan Bumi hanya wujud kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu.Walau bagaimanapun apabila pandangan ulama dikaji semula dan dikaitkan dengan hasil kajian para saintis, jelas sekali ia sebenarnya tidak bercanggah antara satu sama lain.

Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata;
"Sebahagian daripada kita pasti berasa terkejut apabila diberitahu Al-Quran mengatakan Bumi diciptakan terlebih dahulu daripada Langit. Sebenarnya Al-Quran mengatakan Bumi diciptakan terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus. Namun sekiranya dibandingkan penciptaan Bumi dengan penciptaan Langit secara amnya, sudah pasti penciptaan Bumi berlaku selepas penciptaan Langit. "
Setiap hari, andai kita mngkaji dan mendalami Al-Quran dan sains, kita akan mendapati, sebenarnya Al-Quran dan sains sama sekali tidak bercanggah antara satu sama lain. Namun andai berlaku percanggahan, perlu diingatkan bahawa ayat-ayat Al-Quran tidak pernah silap. Yang mungkin tersilap adalah kefahaman kita sebagai manusia yang menafsirkan ayat-ayat suci itu. Hamka ada mengatakan di dalam Tafsir Al-Azhar;
"(Persoalan mengenai alam) yang dibicarakan (di dalam Al-Quran) begitu mengagumkan, kerana (semakin bertambah) penyelidikan manusia dalam pelbagai (bidang) ilmu pengetahuan mengenai alam, semakin bertambah jelas maksud ayat-ayat itu. Sekiranya terdapat pentafsir-pentafsir memberikan tafsiran yang tidak tepat, ia bukanlah bererti ayat itu yang tidak sesuai dengan ilmu pengetahuan, melainkan pentafsir itulah yang tidak ada ilmu pengetahuan."
Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, ayuh!!! kita belajar dan mengkaji, agar bertambah ilmu kita disamping memperkukuhkan keimanan kita pada Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang berilmu itu, darjatnya tinggi di sisi Allah SWT...


Sebuah lagu untuk dikongsikan bersama kalian. Penulis suka mendengar lagu ini di masa lapang. Hayati liriknya... Subhanallah...


p/s: Telur ayam dan ayam, yang mana diciptakan terlebih dahulu?Kalau kalian ada pandangan, pendapat atau jawapan, sila tulis di bahagian komen bersama sebabnya...


Akhir kalam... wassalam... (^_^)

19 comments:

  1. Salam,

    antara telur ayam dan ayam..

    mula-mula aku fikir..ayam wujud dulu. baru telur. sebab kalau takde ayam. mcm mn telur nak ada. erk.

    kali kedua aku fikir..aku rasa telur wujud dulu. baru ayam. sebab kalau tak, mcm mn ayam nak wujud kalau telur tak menetas. erk.

    kali ketiga aku fikir..dua dua wujud serentak. erk. sebab kedua-dua saling diperlukan antara satu sama lain. erk.

    ha..ni pendapat dari fikiran aku yang letih dua tiga hari ni. kih3~

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...
    macam-macam pendapat ye... =)

    ReplyDelete
  3. jadi, jawapannya apa? yg sebenarnya? nak tauuuu

    ReplyDelete
  4. sabar dulu huhu... insyaAllah seminggu lagi kalau tak lupa...

    ReplyDelete
  5. erk, kenapa lagi seminggu? kenapa tak sejam? sepuluh hari? sebulan? setengah tahun? hehe..oo..xpe2. sy tunggu. mcm main teka teki pulak rasa.

    ReplyDelete
  6. nak dengar juga jawapan dan pendapat sahabat2 yang lain... =)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. posting yang menarik. teringat time 1st sem ana punya assgmt lebih kurang tajuk ni. kaji pasl sains dan quran, cumanya ana dpt tjuk penciptaan alam dari asap atau air. klu psl telo @ ayam tu rasanya dah terjawab pun. Logically, dah tentulah makhluk yg ada itu perlu kpd pengadanya. mestilah Allah jadikan ayam dulu, jika tidak dari mana telur datang?telur klu sendirian xmungkin dpt survive klu xda sapa yg jaga. cam tu jugak manusia, pasti Adam dahulu sebab adanya Hawa. Adam tidak diciptakan hasil dari nutfah dan tara'ib, tapi directly dari tanah. dan of course kita pun maklum samada fetus dulu ke atau nutfah dulu? Pandangan ana la.hu2

    ReplyDelete
  9. owh... kalau mengenai penciptaan alam daripada asap atau air, tak silap ana, alam ini dijadikan daripada asap. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah berfirman, yang bermaksud, "Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;"

    kalau ikut kajian saintis pula, selepas berlaku Big Bang(lebih kurang 300,000 tahun dahulu), gas-gas hidrogen dan helium bercamtun kerana tarikan graviti, selepas berjuta-juta tahun lahirlah segala planet, bintang dan galaksi.

    Ana setuju dengan pendapat enta pasal ayam dan telur ni. Ana juga sebenarnya sependapat dengan enta. ingat nak tulis seminggu lepas ana tulis entry ni. tapi enta dah bagi jawapan, tak apalah... =)

    ReplyDelete
  10. kepada cik sizuka,
    jawapan dah tertulis... tak perlu untuk dijawab lagi kut rasanya... sila baca komen sahabat ana, Faiz As-Syirazi kat atas ni... =)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam...
    macamana boleh tau? nama kat atas ni nama sebenar ke?

    ReplyDelete
  13. Sorry r tjawab plak.hu2. nta gak yg tanye.tp xpe la. psl alam 2, mmg btul pndpt enta.itu pendapat said hawa dlm tafsir dia, namun di sana masih ada lagi topik perbahasan mengenai teori penciptaan alam.Maksud ana para ulama tafsir berselisih terhadap penciptaan alam samada dari asap atau air dan kedua2nya dinyatakan di dalam Quran. Perbahasannya cam ni :

    Disebutkan aalam Kitab Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (w.1162 H.):

    Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah qalam makhluk terawal selepas daripada Nur Muhammad atau tidak? Menurut al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab Sahih dari Ibn ‘Umar; katanya: Sabda Rasulullah Saw.: Allah menentukan takdir bagi sekalian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arash-nya di atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arash; takdir ada pada awal mula tercipta qalam; maka hadith ‘Ubadah bin al-Samit, marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? Firman-Nya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

    Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”.

    ReplyDelete
  14. Sambungan..

    Al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan antara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan qalam dalam hubungan dengan yang selain daripada Nur Muhammad, air, dan ‘arasy.

    apa yang kita lihat pada hadith yg di riwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin Al-`As katanya: Aku mendengar rasulullah s.a.w bersabda: “ Allah telah menulis takdir-takdir seluruh makhluk sebelum diciptakan langit dan bumi selama 50 ribu tahun dan sabdanya dan `Arashnya berada di atas air”. Riwayat Muslim.

    Jelasnya, arasyh itu adalah dicipta lebih awal dari alam. namun dinyatakan di dalam Quran, " Dan adalah Arash itu di atas air", bermakna air dijadikan dahulu sebelum arash dan alam termasuk dijadikan dari air sebagai salah satu komponennya..

    Sekadar perkongsian..

    ReplyDelete
  15. owh... macam tu rupanya... syukran... banyak pengisian...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. singgah sini tuan umah.. entry yang menarik.. teruskan usahamu memperjuangkan agama yang indah ini.. saya tumpang ceduk2 ilmu kat sini yer.. (^__^)

    ReplyDelete
  17. salam..ana baru teringat psl soalan tu..pernah ditanya masa skola menengah dulu..masa tu, macam2 jwpn kuar..jwpn ustaz sama dengan saudara Faiz As-Syirazi..

    ReplyDelete