Tuesday, December 8, 2009

Ketika Cinta Bertasbih (KCB)




Lagu Ketika Cinta Bertasbih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Ketika Cinta Bertasbih (KCB)...
Satu lagi film dari negeri seberang yang difilemkan daripada Novel Ketika Cinta Bertasbih karya penulis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El Shirazy. 

Diadaptasi dari novel karya Habibburahman El Shirazy. Ketika Cinta Bertasbih terdiri dari 2 siri dan diminati oleh para pencinta novel islamik. Novel Ketika Cinta Bertasbih telah menjadi salah satu buku best seller di negara seberang. Namun tak kurang hebatnya jualan novel ini di negara kita. Hingga kini lebih dari 1 juta nashkah novel tersebut laris terjual di negara seberang.



Filem Ketika Cinta Bertasbih telah dirakamkan di lokasi asal seperti yang tertulis di dalam novel iaitu di Mesir, tidak seperti filem Ayat-ayat Cinta, yang mana lokasi filem dirakamkan bukan lah di Mesir dan babak ketika Maria dan Fahri berbicara berduaan yang kononnya berhampiran Sungai Nil seperti yang ditunjukkan di dalam filem, sebenarnya bukanlah berhampiran Sungai Nil.


Ketika Cinta Bertasbih berfokus pada perjalanan  Azzam (M. Cholidi Asadil Alam), seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar Cairo-Mesir. Kuliahnya tertunda selama 9 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Demi untuk menyara ibunya yang tidak sihat dan adik beradiknya di Solo, Indonesia, Azzam sengaja mengulang tahun pengajiannya, sambil berniaga bakso dan tempe. Hasil keuntungan jualan tersebut Azzam mengirimnya kepada keluarga di Indonesia setiap bulan. Dari pekerjaannya itulah, dia menjadi terkenal di kalangan KBRI di Cairo dan mempertemukannya dengan Eliana (Alice Norin), gadis cantik-modern, puteri kepada Dubes RI di Mesir.


Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak penonton untuk lebih mendalami rahsia Illahi dan memahami cinta daripada perspektif islam. Kehadiran Anna Althafunnisa (Oki Setiana), seorang wanita solehah yang membuatkan hati Azzam tertarik padanya menjadi unsur yang mengikat keduanya dalam misteri cinta. Namun mereka tidak ditakdirkan bersama. Furqan(sahabat Azzam) telah terlebih dahulu melamar Anna. Anna telah menerima lamaran Furqan setelah Furqan bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Anna(nak tahu apa syaratnya? tengok filem ye..). Walaupun di dalam cerita ini, sebenarnya hati Anna telah tertarik kepada Azzam kerana Azzam telah membantunya saat Anna dan rakannya di dalam kesusahan.

Dapatkah Azzam lulus peperiksaan dan pulang bertemu keluarganya di Solo? Siapakah yang akan berkahwin dengan Anna Althafunnisa, Azzam atau Furqan? Nak tahu lebih lanjut sila baca novel Ketika Cinta Bertasbih atau menonton filemnya.

Penulis baru sahaja selesai mononton cerita tersebut. Tetapi jujur penulis katakan, membaca novel Ketika Cinta Bertasbih jauh lebih menarik kerana di dalam filem ini, banyak bahagian-bahagian yang ada di dalam novel yang tidak difilemkan. Penulis beri 4 setengah bintang untuk novel KCB tetapi hanya 3 bintang untuk filem KCB.
website Filem Ketika Cinta Bertasbih


 Intro Ketika Cinta Bertasbih bersama trailer



Akhir kalam... tidak semestinya dengan menutup aurat sepenuhnya, seorang wanita tak dapat berlakon dengan baik. Andai kalian perasan, Oki Setiana yang memegang watak Anna Althafunnisa tak pernah sekali pun menanggalkan tudung apatah lagi mendedahkan auratnya. Sepatutnya di Malaysia juga mencari pelakon-pelakon seperti Oki Setiana. wassalam... (^_^)

22 comments:

  1. Salam Fakhrul..

    Akak suka novel ni dan lain2 tulisan Habiburahman el Shirazy tp blum bkesempatan menonton ceritanya..sepatutnya perlu banyak novel dan cerita sebegini dr disogokkan remaja dgn cerita2 yg merosakkan moral, minda dan jiwa.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Ummu Ammar...

    Betul ckp akak tu... patutnya novel-novel dan filem-filem islamik sebegini perlu banyak didedahkan pada para remja. At least, sedikit sebanyak insyaAllah mereka akan mengambil pengajara-pengajaran baik yg ada dalam novel-novel atau filem-filem islamik macam ni...

    ReplyDelete
  3. salam..betul tu..ana dah khatamkan novel dan filem ini..malangnya kesudahan filem ini belum selesai sepenuhnya..walauapapun, benar kata saudara, pelakon oki setiana dewi merupakan pelakon contoh dan boleh dijadikan idola kerana beliau tidak pernah sekalipun menanggalkan hijabnya samada di dalam dan luar filem. Beliau merupakan pelakon muslimah yang didambakan selama ini..moga2 akan muncul lebih ramai lagi pelakon2 sepertinya.wallahualam..

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam...
    harap-harapnya di Malaysia akan ada ramai pelakon seperti beliau...

    ReplyDelete
  5. pemegang watak azam tu pun nampak real.. indahnya islam sebenanrnya..dari segi kasih sayang..yang paling teruja part bagi nasihat dan menerangkan hukum secara kiasan..contoh masa azam menerangkan tentang musibah kepada elyana..sungguh berhikmah.

    ReplyDelete
  6. assalamualaiukum.. huhuuhuh
    cite nie memang tahao taj hengat serunuknye.. Mmemang best tak terkata..tak cukup utk di tengok skaly make kene bnyk kali tgk.. Crite dr noveln film mmng same tak cam ayat2 cinta...
    best amat...

    ReplyDelete
  7. to Solehah,
    watak Azam yang berpendirian teguh patut di contohi setiap lelaki. Eliana walaupun kurang teguh pegangan agamanya, tapi dapat menerima teguran Azam dengan baik, dan selepas itu, dia insaf dengan apa yang dia telah lakukan. banyak sifat-sifat baik yang dapat dicontohi daripada watak-watak dalam filem ni...

    ReplyDelete
  8. to syairah arisa

    waalaikumussalam...
    yup... kedua-dua novel dan filem-filem yang dibuat daripada novel-novel Habiburrahman El Shirazy memang menarik...

    ReplyDelete
  9. salam
    ..nape ketika cinta bertasbih bkn KCB ek?..sorry xtau..

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam...
    terima kasih, tak perasan salah taip...

    ReplyDelete
  11. best cite ni..akhi,jemput la dtg ke mesir =D hoho,berjalan2 di bumi anbia

    ReplyDelete
  12. insyaAllah... kalau ada rezeki, ana memang teringin nak ke sana... =)

    ReplyDelete
  13. salam
    semoga kita sama2 dapat merenung sebuah kehidupan yang digambarkan sebagai panduan hidup kita di kemudian hari, InsyaAllah

    ReplyDelete
  14. waalaikumussalam CIKGU ZAM
    insyaAllah sama-sama kita hayati dan beramal...

    ReplyDelete
  15. salam..aku suka dgr lagu KCB..kelakar jugak lirik tang 'kembang kempis..'apatah lagi..lupa...hihi..

    aku tak pernah lg tgk cerita ni..tatau napa tak tgk lg...hihi....sedangkan masa byk je ada masa cuti hari tu...hhuhuhu~

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam...
    sile-sile... tengok jangan tak tengok...

    ReplyDelete
  17. salam..
    hmm, baca novel citer ni lebih bg kepuasan maksima bebanding dgn menonton filemnya..
    sama jugak dgn cerita ayat2 cinta..
    ada babak n kata2/hadith/dalil yg sangat touching n meaningful tp x de dlm filem..
    so, saya bg 5 bintang utk novel ayat2 cinta n kcb..
    n 3 1/2 bintang utk filemnya.. :)

    ReplyDelete
  18. waalaikumussalam...
    betul tu... saya setuju... =)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..aah ske novel dia..mcm charkoeygirl komen....menyentuh jiwa...tp teringin gak la nk tgok movie dia..

    ReplyDelete
  20. waalaikumussalam...
    kalau nak tengok movie try search dekat youtube. tak silap ada dah... insyaAllah...

    ReplyDelete