Sunday, October 4, 2009

Pertunangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...


InsyaAllah hari ni mahu membincangkan serba sedikit tentang pertunangan. Yang mana mungkin ramai yang tidak memahami erti pertunangan sebenarnya. Mungkin dirinya sudah menjadi pinangan orang tanpa disedari. Diharapkan rakan-rakan dapat membaca artikel di bawah sampai habis.


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*


Selepas aku membaca artikel ni, aku baru tersedar mudah sekali terjalin sebuah pertunangan kalau di ikutkan istilahnya di sisi syarak. Mungkin ramai lelaki atau wanita yang sebenarnya telah menjadi tunangan orang tanpa di sedari. Untuk lebih yakin, aku bertanya kepada seorang ustazah tentang perkara ni.

"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"

"Ya, kalau di ikutkan syarak mereka berdua memang sudah bertunang"

"Maknanya haramlah bagi seorang lelaki muslim lain masuk meminang perempuan tu?"

"Ya, sebab tu bila ada orang merisik atau nak masuk meminang perlu bertanya dulu kepada empunya badan. "


Terdapat sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a. sabda Rasulullah SAW:

"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain."


Ingatlah rakan-rakan sekalian, pertunangan bukan bermakna, si dia telah dihalalkan untuk diri sendiri. Pertunangan hanyalah ikatan yang masih belum menghalalkan si dia buat diri sendiri. Si dia tetap bukan mahram. Oleh itu, peliharalah sebaiknya adab-adab batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:

" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya."



*** mahram == mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (denganwanita itu)*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.







wallahualam...

Akhir kalam... wassalam...

17 comments:

  1. "Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"

    lelaki tu cakap mcm mane ek?
    boleh terangkan lagi detail tak?

    ReplyDelete
  2. salam...

    kalau diikutkan syarak sepertimana awak cakap memang dah bertunang ikut syarak. Ini apa yang saya faham lepas saya tanay ustzh saya.

    soalan kedua dan ketiga awak saya tak berapa faham. boleh terangkan?

    ReplyDelete
  3. pada mereka yang lebih berilmu, kalau ada kesilapan di dalam artikel ni, diharapkan dapat menegur kesilapan saya....

    ReplyDelete
  4. macam mana yang dikatakan lelaki menyampaikan hasrat untuk meminang seorang perempuan tu?

    contoh ayatnyaaaaa???

    kadang2 ada seseteengah lelaki yg tak serius pon cakap..mereka suka main2..

    cthnya : "emm awak, saya nak masuk pinang awak la..."..itu dikira ke? kalau in case sebenarnya laki tu tak serius pon , cmna? dikira tunang gak ke?

    kurang faham sikit..harap ada penjelasan..

    ReplyDelete
  5. soalan saya sama nga cik sizuka.. (^_^) cik sizuka dah terangkan apa yang awak tak faham bagi pihak saya.Maaf mungkin berbelit2..
    sebenarnya cuma mahukan contoh ayatnya bagaimana lelaki tu cakap

    ReplyDelete
  6. to cik sizuka and cik siti marosadee

    terima kasih sebab bertanya. minta izin untuk menjawab pertanyaan saudari dalam satu jawapan.

    ini contoh lamaran seorang lelaki pada seorang wanita yang ingin dipinangnya.

    "insyaAllah selepas habis belajar saya berhasrat untuk menjadikan awak isteri saya..."

    saya pernah bertanya pada ustazah tentang lamaran sebegini pada wanita yang ingin dipinangnya, jawab ustazah saya, kalau pihak wanita menerima lamaran itu, dikira mereka sudah bertunang di sisi syarak.

    tentang pertanyaan cik sizuka, pasal melamar secara main-main tu, mungkin tidak sah. apa pun insyaAllah akan ditanya pada ustazah nanti untuk 'confirmation' =)

    ReplyDelete
  7. yeke?? kalau cakap macam tu pn dah dikira bertunang ek..oohh.ok2..sokka
    nanti boleh la saya bgtau kat kengkawan..
    syukran untuk jawapan tu

    ReplyDelete
  8. wahhh...trima kasih atas jwpn tu..thanks sudi jwb..=)

    sizuka tersenyum senyum lepas baca contoh ayat laki nak pinang pompuan..mcm contoh yg diberi oleh fakhrus nie..hehe..=)

    ReplyDelete
  9. jgn salah faham pulak yea..bukan maksud tersenyum senyum prasan..haha..senyum sebab kalau la ada orang cakap gitu kat saya..alangkahh..aishhh...senangnya dlm hati...huhuhuu~

    ::membayangkan masa depan::

    ReplyDelete
  10. apa-apa pun buat kalian, harapnya dapat merujuk kepada seseorang yang lebih berilmu untuk pengesahan...

    ReplyDelete
  11. hmm...
    tetarik n agak tekezut baca atikel nih...
    satu masa dulu penah dengar jugak kawan saya ckp cam nih...
    katanya dia da betunang, tp x da hantaran apepn...
    cuma mereka bedua je yg tau...
    tp sy mcm ragu2 jugak...
    sah ke petunangan mereka 2?
    rupa2nya sah eh?
    hmmm...
    tuk lebih kepastian, sy akan tnya ustaz...
    skrg ni agak ragu2 dgn status diri...
    apepn, syukran ye bangkitkan citer pasal ni...
    wassalam...

    ReplyDelete
  12. islam itu syumul, tapi budaya dan adat yang lebih dipentingkan oleh orang-orang tertentu yang menyebabkan islam nampak susah...

    ReplyDelete
  13. Salam, Fakhrul Islami.

    Sy merujuk kpd PERTUNANGAN DI SISI SYARAK yg terbahagi kpd 5 cara tu..tertarik pula dgn cara pertama ( Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung) ~ Maksudnya, walaupun wali kpd perempuan tida mengetahuinya, adakah pertunangan itu berlaku?

    syukran..

    ReplyDelete
  14. salam, Faizatul Ema...
    terima kasih kerana bertanya...
    pada pendapat saya, apa yang saya faham, pertunangan itu berlaku. kira mereka sudah bertunang. Saya sendiri sebenarnya masih mencari jawapan2 kpd soalan2 yang diberikan... Bertanya kepada mereka yang lebih berilmu. InsyaAllah... apabila saya lebih yakin saya akan beritahu... maaf atas kekurangan ilmu yang ada pada diri saya...

    ReplyDelete
  15. slm...bukankah prtunangan itu permintaan dr phak lelaki kpd wali si prmpuan...sy takut perkara ini mudah d salah erti oleh remaja skrg..harap2 ust berikan jwpan yg soheh..

    ReplyDelete
  16. salam muslimah...
    terima kasih kerana menegur. Ana minta maaf kalau ana silap. Kalau diikutkan apa yang ana pernah faham dulu, andai seorang lelaki menyampaikan hasratnya untuk berkahwin secara terus kepada seorang wanita, dan wanita itu juga menerimanya, mereka sudah bertunang. Ana sekarang masih lagi mengkaji soal pertunangan ini. InsyaAllah, kalau apa yang tulis ni salah disebabkan salah faham ana sendiri, nanti ana akan perbetulkan apa yang ana tulis. Syukran kerana menegur...

    ReplyDelete
  17. Salam.

    Saya ada menonton video ceramah dari ustaz Azhar (kalau tak silap saya) mengenai pertunangan antara lelaki dan perempuan. Tajuknya 'Bertunang Tanpa Ibu Bapa'. Klik sni -->http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0

    Setelah menonton video tu, saya boleh simpulkan, pertunangan itu sah jika si perempuan itu cukup syarat. Antara syaratnya ialah cukup umur, waras..dan lain2.

    Wallahu wa'lam.

    ReplyDelete