"Lelaki Islam boleh belajar tinggi-tinggi tapi perempuan Islam tak boleh kan?"
"Eh? Mana ada macam tu."
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Pertama sekali penulis meminta maaf sebab dah agak lama tak update blog ni. Sebab sibuk dengan beberapa perkara.
Dialog di atas adalah perbualan penulis dengan seorang wanita Jepun yang mungkin usianya dalam lingkungan 40-an. Pada mulanya wanita tersebut bertanyakan megenai 'mengapa orang Islam tak makan daging?'. Kemudian penulis menerangkan pada wanita tersebut, orang Islam bukan tak makan daging atau tak boleh makan daging. Cuma cara penyembelihan yang telah ditetapkan syariat perlu dilakukan. Kalau tak dilakukan makan haramlah daging itu untuk dimakan. Hanya daging khinzir yang sememangnya tak boleh dimakan. Kemudia wanita itu bertanya sepertimana di atas. Terkejut juga penulis pada mulanya. Tak sangka sampai begitu sekali Islam difitnah melalui penulisan. Entah buku mana yang wanita itu baca, terlupa pula untuk bertanya.
Wanita di zaman Jahilliyah
Pada zaman Jahilliyah martabat wanita sangat rendah. Wanita sering tertindas. Andai kita melihat catatan sejarah fenomena ini berlaku di seluruh dunia ketika itu, terutamanya di kalangan bangsa Arab. Di Eropah, Amerika, Timur Tengah dan sebahagian Asia, wanita diperjual belikan secara bebas. Adakalanya wanita diperlakukan seperti barang hiasan saja. Para raja dengan sewenang-wenangnya menghadiahkan wanita kepada pembesar-pembesar atau raja di kawasan lain. Di kalangan bangsa Arab, penindasan terhadap wanita dilakukan sejak lahir lagi. Andai isteri melahirkan seorang anak perempuan, maka merah padamlah muka si suami kerana malu. Mereka akan merahsiakan berita mengenai kelahiran anak perempuan itu atau mereka akan membunuhnya. Hal ini ada dicatitkan di dalam Kalamullah.
"Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang dia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): Adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu."
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Akhir kalam... wassalam... (^_^)