Thursday, November 5, 2009

Dari E7 ke A1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Sekadar mahu menceritakan tentang salah seorang guru yang telah banyak berjasa. Seorang guru yang telah membuatkan seorang murid yang mana pada Peperiksaan Percubaan SPM hanya mendapat gred E7 dalam mata pelajaran Add Math. Tetapi akhirnya murid tersebut mendapat A1 dalam  peperiksaan SPM. Ini bukan kisah dogengan, inilah realiti. Tontoni video di bawah, insyaAllah kalian akan mengenali beliau serba sedikit.




Sebenarnya 'murid' yang penulis maksudkan di atas adalah diri penulis sendiri. Penulis sangat-sangat terhutang budi kepada Puan Rohaiza atau di sekolah lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Rohaiza, seorang guru yang sangat berdedikasi. Selepas peperiksaan Percubaan SPM, Puan Rohaiza akan datang setiap pagi seawal jam 0630 pagi untuk mengadakan kelas tambahan buat murid-muridnya. Dan setiap hujung minggu Puan Rohaiza akan 'belanja' anak-anak muridnya makan selepas habis kelas. Makanan yang dibawa sendiri dari rumah. Patutnya, kami yang belanja cikgu, ini terbalik pulak jadinya. Tidak dilupakan juga buat guru-guru Matematik yang lain yang banyak membantu penulis dalam mata pelajaran matematik ketika di ASiS. TERIMA KASIH CIKGU...
Untuk pengetahuan pembaca-pembaca semua, sewaktu di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, penulis adalah salah seorang pelajar di kelas terakhir. Keputusan Add Math penulis tidak pernah melebihi gred C6  kalau tak silap. Syukur alhamdulillah kerana Allah mengurniakan guru-guru yang berdedikasi dan juga sahabat-sahabat yang banyak membantu penulis. Alhamdulillah, keputusan SPM agak baik. Sekarang penulis sedang belajar di salah sebuah kolej kebangsaan di Jepun dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Buat guru-guru dan sahabat-sahabatku, Semoga Allah sentiasa memberkati walau di mana pun kalian berada. InsyaAllah...

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

13 comments:

  1. Alhamdulillah dapat guru yang macam tu. Tu aset terpenting dalam dunia pendidikan. Selalunya bukan susah pelajaran tu, tapi disebabkan kurang tumpuan dan darah remaja masa tu tengah panas.jadi peranan para guru la untuk menarik balik tumpuan asal mereka..Jadi kepada bakal guru perlu ikhlaskan diri dan tahu hala tuju, bukan disebabkan itu pilihan terakhir mereka..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..keep it going dik..gud luck ea..

    ReplyDelete
  3. to solehah: ana setuju dengan pndapat ukhti...

    to faiz: syukur alhamdulillah... tawakal pada Allah jugak salah satu punca kejayaan, selepas berusaha...

    to singamaraja: syukran sudi singgah blog ana...

    to kak fiza: insyaAllah kak... terima kasih... akak pn gud luck exam ye...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...satu kepuasan kan bila kita dapat capai yang terbaik...suatu perasaan yg sukar digambarkan...anyway, congrates! Cikgu Rohaiza memang banyak berjasa...kirim salam kat dia ea...hee(^_^)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah... kalau dapat jumpa lg nanti... entah bile plak nak pegi ASiS ni...

    ReplyDelete
  6. salam~

    x kenal pn Cikgu Rohaiza tu, n x kenal jugak diri penulis =D
    tp yang pasti, lps tgk video tu n bace story penulis kat n3 ni.. rase kagum gakla dgn Cikgu Rohaiza tu.. muke pun sweet je.. suke senyum ^_^
    semoga akan lahir lebih ramai cikgu seperti beliau, yang betol2 dedikasi dalam memikul amanah sebagai seorang pendidik..
    baarakallahu fiiha..

    dan buat penulis plak, tahniah atas kejayaan cemerlang serta pencapaian hebat (dari E7 ke A1) dalam SPM dulu tu.. semoga terus beroleh kejayaan hidup dunia n akhirat.. aamiiin..

    ReplyDelete
  7. gagal skali tidak bermakna gagal wat selama-lamanya..walaupun spm saya biasa2 saja..alhamdulillah skrg tgah wat dip..insya Allah nk smbung degree..masa study dip..saya discover mcm2..saya analysis masalah saya time study...bila da masalah,sya baca quran n alhamdulillah Allah temukan dgn ayat2 yg menenteramkan jiwa..hikmah dr masalah yg sya hadapi time study..alhamdulillah rezut yg x disangka2 masa last sem aritu...n bila nak pilih tempat praktikal pn masalah jugak..last skali sya btul2 tawakal n berserah pada Allah..last2 skali sya dapati hikmah drpd bersabar....sesungguhnya Allah MAha Penyayang lg Maha Pemurah...spatutnya saya menjadi hamba yg lebih bersyukur krn terlalu bnyk nikmat yang Allah kurniakan...

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat ukhti. Semoga berjaya dunia akhirat... insyaAllah...

    ReplyDelete
  9. Don't be afraid of maths..the harder to learn,the greater the rewards(pahala).Maths is like sports,you have to do it mechanically,automatically n spontaneously. It's great that you've achieved A1.Congrats!

    p/s:i'm teaching maths too.it's tough but fun.=)

    ReplyDelete
  10. saya dulu bukan seorang yang tak minat matematik, saya sangat suka matematik. tapi entah macamana satu masa, saya langsung blank belajar add math. then Cikgu Rohaiza banyak bantu saya, alhamdulillah... dapat result baik... =)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah,yg penting usaha.result Allah yg bagi..all the best,keep it up!..=)

    ReplyDelete