Tuesday, October 27, 2009

Ayat Al-Quran di kulit bayi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Baru sahaja terbaca sebuah berita mengenai seorang bayi, yang mana setiap hari Isnin dan Jumaat akan timbul ayat Al-Quran di tubuhnya. Buat rakan-rakan yang belum lagi membaca berita ni, di bawah berita penuh....

di ambil dpd akhbar harian KOSMO!


SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.

KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


KULIT Ali yang mengandungi ayat al-Quran

Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.

Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters


sedikit ulasan:
Subhanallah... Salah satu lagi bukti kekuasaan Allah, dan juga bukti bahawa Islam itu benar... Tetapi, entah mengapa masih ramai yang hanyut dan leka dengan fatamorgana dunia... Nauzubillah...

p/s: buat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan. Semoga berjaya...


Akhir kalam... wassalam...

9 comments:

  1. Tuhan tunjuk macam2 tanda, manusia tetap xsedar2..
    agaknya kalau isu ini jadi kat M'sia dorg kata khurafat pulak dan dibuat2..bukan nak ambil iktibar macam isu sejadah.

    ReplyDelete
  2. itulah manusia akhir zaman... nauzubillah... semoga Allah memelihara hati kita...

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..moga2 kita sentiasa upgrade iman dan top up ilmu..mudah-mudahan kita sentiasa sedar dan ambil iktibar atas apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  4. sesungguhnya itu semua kuasa Allah..terpegun ketika mula-mula baca berita ni kat paper..bayi itu sunggo comel la!!~

    ReplyDelete
  5. to kak fiza: same2 ambil iktibar...

    to cik sizuka: terpegun tgk tulisan tu ke, sbb bayi tu comel? huhu...

    ReplyDelete
  6. x pernah baca berita ni (baca suratkhabar pun x terbace sgt.. hehe) thanx for sharing this news here in ur latest n3..

    x terkata... terpana seketika.. subhaanallah!
    Btol kata saudara Faiz, kalau jadi kat Malaysia, belum tentu orang ramai nak percaya, bahkan mungkin dikatakan khurafat atau dibuat2..
    Sedangkan sepatutnya diambil iktibar..

    Sebagai Muslim/ah, kita kena percaya n yaqin, semuanya yang mungkin tak logik di aqal manusia, tetap juga bisa terjadi dengan kehendak Allah.. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

    "Hanya urusanNya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Dia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia" (Yaasin: 82)

    ReplyDelete
  7. semoga dengan melihat kekuasaan Allah, makin bertambah iman kita... insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. 1st : terpegun tengok ayat Al Quran kat kulit dia.
    2nd : tepegun tengok muka baby tu..comel sunggo!~

    ReplyDelete
  9. huhu... ade-ade saja cik sizuka ni... v(^_^)

    ReplyDelete