"Lelaki Islam boleh belajar tinggi-tinggi tapi perempuan Islam tak boleh kan?"
"Eh? Mana ada macam tu."
"Dulu saya ada terbaca dalam sebuah buku mengenai Islam, ada tertulis macam tu. Waktu tu, saya fikir nasib baik saya bukan orang islam."
"Islam tak pernah merendahkan martabat wanita."
"Jadi semua tu tak betullah?"
"Ye, semua tu salah"
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Pertama sekali penulis meminta maaf sebab dah agak lama tak update blog ni. Sebab sibuk dengan beberapa perkara.
Dialog di atas adalah perbualan penulis dengan seorang wanita Jepun yang mungkin usianya dalam lingkungan 40-an. Pada mulanya wanita tersebut bertanyakan megenai 'mengapa orang Islam tak makan daging?'. Kemudian penulis menerangkan pada wanita tersebut, orang Islam bukan tak makan daging atau tak boleh makan daging. Cuma cara penyembelihan yang telah ditetapkan syariat perlu dilakukan. Kalau tak dilakukan makan haramlah daging itu untuk dimakan. Hanya daging khinzir yang sememangnya tak boleh dimakan. Kemudia wanita itu bertanya sepertimana di atas. Terkejut juga penulis pada mulanya. Tak sangka sampai begitu sekali Islam difitnah melalui penulisan. Entah buku mana yang wanita itu baca, terlupa pula untuk bertanya.
Wanita di zaman Jahilliyah
Pada zaman Jahilliyah martabat wanita sangat rendah. Wanita sering tertindas. Andai kita melihat catatan sejarah fenomena ini berlaku di seluruh dunia ketika itu, terutamanya di kalangan bangsa Arab. Di Eropah, Amerika, Timur Tengah dan sebahagian Asia, wanita diperjual belikan secara bebas. Adakalanya wanita diperlakukan seperti barang hiasan saja. Para raja dengan sewenang-wenangnya menghadiahkan wanita kepada pembesar-pembesar atau raja di kawasan lain. Di kalangan bangsa Arab, penindasan terhadap wanita dilakukan sejak lahir lagi. Andai isteri melahirkan seorang anak perempuan, maka merah padamlah muka si suami kerana malu. Mereka akan merahsiakan berita mengenai kelahiran anak perempuan itu atau mereka akan membunuhnya. Hal ini ada dicatitkan di dalam Kalamullah.
"Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang dia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): Adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu."
Surah An-Nahl : ayat 58-59
Saidina Umar Al-Khattab, sahabat Rasulullah, beliau sendiri pernah membunuh anak perempuannya hidup-hidup sebelum kedatangan Islam. Selain itu, pada zaman itu, lelaki boleh berkahwin dengan seberapa ramai perempuan yang diingininya. Lebih teruk lagi apabila setelah si bapa meninggal dunia, para isteri akan diwariskan kepada anak-anak lelaki. Sungguh tidak bermoral perlakuan seperti itu.
Islam memartabat kaum wanita
Sesungguhnya Allah mengecam sama sekali apa yang dilakukan oleh lelaki zaman Jahilliyah pada waktu itu dan kedatangan Islam sekaligus memartabatkan wanita di tempat yang lebih mulia. Firman Allah SWT tercatit di dalam Kalamullah yang bermaksud,
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Surah An-Nisa: ayat 23
Islam datang untuk mengubah peradaban manusia yang semakin rosak. Wanita diberi pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selain mengecam perbuatan-perbuatan lelaki-lelaki zaman Jahiliyah, Allah juga menujukkan jalan keluar bagi masalah tersebut dan mengampuni dosa-dosa mereka selagi mereka cuba untuk memperbetulkan kesilapan mereka dan bertaubat.
Betapa mulianya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Tatkala wanita ditindas, hadirnya Islam memberikan pembelaan yang sebaiknya. Banyak lagi ayat-ayat di dalam Kalamullah dan hadis-hadis yang memartabatkan kaum wanita. Ayat-ayat di atas hanya sebahagian daripadanya. Oleh itu, para wanita peliharalah dirimu dan kehormatanmu. Andai jatuh cinta, jadikan cinta Allah itu cinta utama. Janganlah bergelumang dengan cinta yang diharamkan Allah sebelum perkahwinan. Kelak akan hilang manisnya cinta yang lebih mulia selepas perkahwinan. Peliharalah dirimu dan hargai dirimu sebaiknya.
Sebuah lagu didekasikan khas buat wanita =)
Akhir kalam... wassalam... (^_^)
salam,
ReplyDeletesaya bangga dilahirkan sebagai wanita Islam..syukran. Entry yang sangat bagus. Well done. (^_^)
waalaikumussalam...
ReplyDeleteafwan... semoga menjadi wanita solehah... =)
Mabruk sadiqi..post yg best! namun di sana ada bezanya antara wanita muslim dan wanita muslim yang mengamalkan islam itu sendiri.akhir zaman..
ReplyDeletesyukran ya akhi. Betul tu, ada orang islamnya hanya kerana mewarisinya daripada ibu bapa semata-mata. Sedangkan segala amalan dan larangan langsung tak diendahkan...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemenarik.. syukran :)
waalaikumussalam...
ReplyDeleteafwan... =)
salam.. yana suka entry kali ini... sgt menarik bersyukur dilahirkan sbgai muslimah.. tapi kini sedih melihat anak gadis yg xkisah n sewenang nya menyerah mahkota pada lelaki hidung belang.. malahan tnpa rasa berdosa menggugurkan kandung n buang bayi yg xberdosa.. islam amat menjaga n menyanjung wanita.. islam itu indah malah tidak pernah membebankan umat nya.. moga diri ini menjadi muslimah yg solehah.. begitu juga awk.. hope share entry yg best camni yaeh...
ReplyDeletealhamdulillah.....ana pun muslimah :)
ReplyDeleteto sleeping beauty
ReplyDeletewaalaikumussalam
sory lambat reply baru balik dari kem. insyaAllah semoga ukhti menjadi salah seorang wanita solehah. fahami islam sebaiknya.insyaAllah...
to norashikin rahmat
ReplyDeletesemoga menjadi wanita solehah... =)
kenapa org selalu kata perempuan tak leh belajar tinggi2...
ReplyDeletealasan skeptikal...
sedangkan dalam Islam pun Allah meninggikan darjat org berilmu..
sedangkan mereka masih skeptikal.
Salam, Fakhrul Islami.
ReplyDeleteNice entry.
Alhamdulillah, syukur dilahirkan sebagai muslimah.Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.
Sedarlah setiap yang dicipta itu atas rational dan relevance Allah tersendiri.Jangan sampai wanita terlebih extreme membela hak, sehinggakan menjulang feminisme yang sememangnya melampau..
Keep it up, brother!
to hana
ReplyDeletebetul tu, dalam islam, tak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesiapa yang berilmu tinggilah darjat mereka di sisi Allah SWT...
to Faizatul Ema
ReplyDeletewaalaikumussalam Faizatul ema
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui alasan atas apa yang diciptakan.
Ana setuju dengan pendapat ukhti tu. Macam yang pernah terjadi dulu, sampaikan ada wanita menjadi imam solat. Astaghfirullah...
Sebaik-baik wanita di dunia adalah wanita solehah...