بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Mesti kalian semua pernah dengar pasal teori evolusi oleh Darwin yang mengatakan manusia adalah hasil evolusi daripada seekor kera. Dalam bukunya "The Origins of Species", Darwin menyatakan bahawa semua makhluk yang wujud di muka bumi ini wujud hasil daripada evolusi satu atau beberapa induk.
Teori Revolusi ini mendapat banyak tentangan daripada ramai pihak. Terutamanya daripada para cendiakawan dan para ulamak.
Sebagai orang Islam, sejak kecil lagi kita telah didedahkan tentang bagaimana penciptaan Nabi Adam. Nabi Adam adalah manusia pertama yang telah diciptakan oleh Allah SWT daripada tanah. Bukannya hasil evolusi daripada seekor kera.
Isu berkenaan kaitan antara manusia dan kera ini sebenarnya telah diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Suatu masa dahulu, Bani Israel telah 'disumpah' oleh Allah SWT menjadi kera kerana cuba untuk mem'permain'kan larangan Allah SWT. Sepertima yang terdapat di dalam Kalamullah,
Firman Allah SWT(yang bermaksud):
"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina."
(Al-Baqarah: 165)
Bani Israel telah diharamkan oleh Allah SWT daripada menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya supaya mereka beribadah sepenuhnya pada Allah SWT pada hari itu. Namun mereka cuba 'bermain helah' dengan Allah SWT dengan cara memasang perangkap dan jaring, oleh itu ikan-ikan akan tersangkut dengan sendirinya tanpa mereka pergi menangkapnya.
Terdapat beberapa pendapat mengenai isu ini. Ada yang mengatakan mereka berubah menjadi kera secara fizikal. Ada juga yang mengatakan bahawa hati dan pemikiran mereka sahaja yang seperti kera.
Selain itu, Allah SWT juga turut menceritakan kisah ini di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-A'araf,
Firman Allah SWT(yang bermaksud):
Terdapat beberapa pendapat mengenai isu ini. Ada yang mengatakan mereka berubah menjadi kera secara fizikal. Ada juga yang mengatakan bahawa hati dan pemikiran mereka sahaja yang seperti kera.
Selain itu, Allah SWT juga turut menceritakan kisah ini di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-A'araf,
Firman Allah SWT(yang bermaksud):
"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik."
Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku kepada umat-umat yang terdahulu kerana cuba untuk mempermainkan larangan Allah SWT. Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut.
Akhir kalam... wassalam...
posting yang menarik.. ana tambah cket..
ReplyDeletepasal kaum Bani Israel yang diubah oleh Allah menjadi kera dan Babi itu banyak dinyatakan di dalam kitab2 tafsir. Namun kesemua mereka itu dimatikan oleh Allah disebabkan mereka sudah pasrah menerima balasan. Adapun teori revolusi uncle Darwin ni adalah pandangan beliau yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kitab untuk dijadikan tempat rujukan (berfahaman naturalisme). Bagi penganut agama Islam dan Kristian mempercayai akan manusia itu adalah bermula dari Adam. Kalau dlm Bible KJV (King James Version lihat pada Genesis) dan dalam Quran sptmana kita sedia maklum. Wallahu'alam..
ada jugak yang jadi khinzir?
ReplyDeleteanyway thanks 4 ur comment...
saya pun nk tanye jgk..
ReplyDeleteermm..ade jugak ke yang jd khinzir??
yup.. diubah menjadi khinzir (swine)
ReplyDeleteMenarik2...bru tahu yang ader golongn Bani Israel ditukar menjadi khinzir n kera...*i'm thinking*
ReplyDeletefakhrul islami can i get your emel?
ReplyDeletethis is urgent but personal matter?
between me and u only!!
assalamu'alaikum
ReplyDeleteana tak pernah dengar atau pun mungkin sudah lupa, atau juga mungkin tidak alert tentang kaum Bani israel yang diubah menjadi khinzir dan kera. kerana ilmu ana masih cetek. tetapi, di dalam Al-Quran terlalu banyak ditegaskan tentang proses penciptaan manusia. baca saja surah Al-Mukminum (12-14). juga rujuk surah Ar-Rum (20-27). ayat-ayat itulah sebenarnya sudah cukup untuk kita berfikir dan menghayati bagaimana kita diciptakan. adapun bagi ana tentang teori Darwin, adalah teori dari akalnya semata-mata tanpa mengenal mana-mana kitab pada waktu itu. pendapat ana sendiri, sekiranya Muslim mempercayai teori tersebut, maka boleh jadi dia telah menyangkal dan mencabar kuasa Tuhan yang mana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian yang dikurnia hati untuk merasa, serta dikurnia otak untuk berfikir. mana mungkin kita disamakan dengan makhluk yang tidak punya hati/perasaan dan otak untuk berfikir kan? jadi, adalah tidak wajar sama sekali teori itu untuk diterima. wallahu alam.
akhi, sudah habis examkah? ana masih ternanti jawapan daripada usulan ana tempoh hari. kalau sudah selesai exam nya ya :)
waalaikumussalam... ana dah habis exam... insyaAllah.. nnt ana hntar ke email. bleh bg email ukhti? maaf klu lmbat ye... sbb bz sket mnggu ni... ukhti dah hbis exam jg?
ReplyDeleteemail ana, teeny127@gmail.com
ReplyDeletetakpe. pelan-pelan... moga Allah sentiasa redha
insyaAllah... nnt ana hantar ye... maaf skali lg klu lambat...
ReplyDeletefakhrus:
ReplyDeletesemakin hari aku semakin kagum dengan blog ko
thanks akmal,
ReplyDeleteko pny blog apa kurangnya... lebih hebat... =)