بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Meminang dan bertunang, 2 perkataan yang membawa maksud yang berbeza, tetapi berada di bawah satu topik yang sama iaitu Pertunangan.
Di dalam post kali ini, penulis mahu membincangkan berkaitan post yang terdahulu mengenai pertunangan (sila klik! untuk lihat post tersebut) yang mana ramai yang salah faham. Termasuk penulis sendiri. Oleh itu, penulis sendiri telah merujuk hal ini pada seorang guru agama yang pernah mengajar penulis dahulu.
Berkenaan dengan 5 cara Pertunangan Di Sisi Syarak, di sini agak ramai yang salah faham. Bagi penulis adalah lebih baik andai perkataan Pertunangan itu digantikan dengan Meminang. Ramai yang salah faham bahawa 5 cara Meminang itu adalah Bertunang.
Di sini penulis ingin menjawab kembali soalan daripada rakam-rakan yang bertanya.
Soalan daripada CT Pataepannang:-
"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"
lelaki tu cakap mcm mane ek?
boleh terangkan lagi detail tak?
Daripada soalan ukhti itu, andai seorang lelaki pernah menyampaikan hasratnya, itu adalah Meminang dan mereka belum lagi Bertunang. Contohnya apabila seseorang lelaki melamar seorang wanita seperti berikut
"Saya ingin mengahwini awak" @ "Sudikah awak menjadi Isteri saya yang sah" @ "Jom kita kahwin"Andai lelaki tersebut melafazkan kata-kata sebegini, lelaki tersebut sedang Meminang.
Tetapi jika lelaki tersebut berkata seperti berikut:-
"InsyaAllah selepas habis belajar saya berhasrat untuk menjadikan awak isteri saya..."
Sebenarnya ayat lelaki tersebut masih 'tergantung', dan ia juga tidak dikira meminang. Apatah lagi Bertunang. Ini kerana selepas habis belajar masih ada ayat seterusnya. Andai lelaki tersebut berkata begini, ianya hanya sekadar menyampaikan hasrat.
Kebiasaannya pertunangan antara lelaki dan wanita disertai dengan 'tanda' bagi menunjukkan bahawa pihak wanita sudah berpunya. Maka haramlah bagi seorang saudara lelaki seislam yang lain masuk meminang wanita tersebut kerana ia dilarang sama sekali di dalam Islam.
insyaAllah andai kalian ada sebarang persoalan, komen atau teguran, bolehlah tinggalkannya di bahagian komen di bawah. InsyaAllah penulis akan reply ASAP.
Akhir kalam... wassalam... v(^_^)
treat yang menarik..
ReplyDeleteenta pun ana tertunggu2 bila nak bertunang..
he2. (gurau je)
ana? huhu... tunggu lah masanye... nta bile plak?
ReplyDeleteana ada comment kt blog nta, ade dpt tak? mcm jd blik plak prob dulu... tak leh nk komen...
oh ye ke.. ana pun xtau nk ckp apa coz sblm ni xda mslh pun. xpa la gitu, nnti ana open je.
ReplyDeletewokey..try again.
ReplyDeletesalam..oh..mcm tu...hari tu ada member aku gurau cakap nak masuk minang lepas habis belajar...respon aku hanyalah..[terpele'ot jiwaku]..agaga...hee..kiranya dia main2 je la ayat tu..kalau dia ckp 'jom kahwin' tu..luruh jantung aku...huhuhu~
ReplyDeletethanks for the info~
to faiz:
ReplyDeletetime ana komen kat blog enta verification code tak kluar plak... rasanya sbb ana update firefox kut...
to cik sizuka:
waalaikumussalam. sememangnya cik sizuka ramai admire huhu... pasal pertunangan ni, meminang yang dikira 'meminang', lelaki itu perlu cakap dengan jelas dan terang. maknanya bkn main2. percakapan itu perlu disertai dengan niat yang ikhlas, baru dikira meminang. kalau main-main cakap je, itu tak dikira meminang.
salam...ehem..bismillah..
ReplyDeletesy ingin bertanye sedikit...jika seseorg itu menyatakan hajat,sama seperti ayat diatas..mean,dia akan melaksanakan hajatnye selepas belajar..tp,disertakan dgn perancangan dari dua belah pihak,bgaimanakah situasi ini dikategorikan?...
sy bg contoh,sorg hamba Allah ni dah menyatakan hajat,dan disambut baik oleh pihak berlawanan..tp kedua2 hamba Allah ni,masih belajar.maka mereka hanya sekadar merancang yg sekian2 tahun..insyaAllah..mereka akan melaksanakan hajat.(mereka redha jika apa2 pun yg terjadi).maka,dikategori manakah mereka sesuai diletakkan?adakah masih tiada apa2 hubungan,atau mereka blh dikategorikan bertunang,sekiranya..wali pihak perempuan,tahu akan hajat dan perancangan meraka..tp mereka hanya belum melaksanakan majlis pertunangan kerana situasi kewangan dan lain2..
sekadar bertanya..(jgn salah faham ye..)=)
waalaikumussalam...
ReplyDeletesyukran sebab bertanya. Daripada apa yang dapat difahami, keadaannya seperti ter'gantung'. Sebabnya, terdapat halangan antaranya, iaitu kerana masih belajar. Ingin mengahwini pihak wanita tetapi selepas belajar. Bermakna selepas belajar nanti, baru mahu berkahwin. Di sini, Meminang juga belum, kerana ter'gantung'. Pertunangan juga selalunya disertai dengan 'tanda'. Contohnya cincin daripada pihak lelaki kepada wanita. Dan adalah lebih baik jikalau perkara ini diketahui oleh wali kedua-dua pihak. Terutama pihak wanita. Kerana wali juga mempunyai hak untuk menentukan suami untuk pihak wanita, walaupun perlu mendapat persetujuan daripada pihak wanita. Wallahualam... menjawab persoalan tak? Kalau ada tak faham lagi, sile tinggalkan soalan ye... =)
salam..eh..takde la macam tu en fakhrus...tiadalah admire seramai en fakhrus...hee..menarik entry ni..banyak yg sy dpt tahu bab2 tunang ni..boleh bagitahu rakan yg lain. ;)
ReplyDeletewaalaikumussalam cik sizuka, huhu... tak nak ngaku ye... sudah mendengar cerita-cerita anda dpd rakan-rakan di sana... tak dpt dinafikan... huhu... ramainya admire anda... (^_^)
ReplyDeletehmmm..patutla payah sangat.rupanya asyik dok upgrade Firefox. ana skg xguna sgt, cuma klu nak download cerita panjang je guna ( coz dia match dgn Orbit). Browser ana guna Chrome je skg.Ringan pun ringan..
ReplyDeleteowh... yeke... takpe ana cube plak gune chrome... sbb firefox ni dia automatic update...
ReplyDeletebuat pengetahuan semua, terdapat sedikit kesilapan di dalam post kali ni, insyaAllah dalam minggu ni, akan menyusul post untuk membetulkan post kali ni... insyaAllah...
ReplyDeletesalam...aik..siapakah rakan-rakan saya di sini yg bercerita bab itu? aiyoo...mana mungkin dong...hihihi~
ReplyDeleteok..tunggu next entry pasal tunang ni..~
waalaikumussalam... rahsia le cik sizuka... itu la kamu tak tahu.... huhu...
ReplyDeleteowh..ok..terima kasih untuk info :)
ReplyDeletesame-same... act... ada pembetulan sket... insyaAllah.. nanti akan ada post pasal pertunangan lagi...
ReplyDeletesalam~
ReplyDeletextau nk komen ape..hehe
just singgah bace2 je.. jalan2 cari ilmu ^_^
yang dulu nye pun bace gak..
mm, ade pembetulan ek dlm n3 ni?
ade mase terluang nnt, cpt2la perbtolkan ape yg tersilap tu ye..
apepun, thanx for sharing..
baarakallahu fiik..
waalaikumussalam Honeyz...
ReplyDeletethanks sudi singgah blog ni... =)