Tuesday, October 20, 2009

Ibu dan Facebook. Hanya Puisi Gurauan?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Hari ini sekadar mahu berkongsi satu video lucu. Mari melihat video di bawah, pastinya sekurang-kurangnya kalian akan tersenyum geli hati... (^_^)




Ya kali pertama melihat video ni, aku juga merasa geli hati tatkala melihat telatah adik Serafina Ophelia mendeklamasikan puisi bertajuk "Ibu dan Facebook". Namun cuba kita fikirkan seketika, mungkin juga puisi ini membawa makna tersendiri buat ibu-ibu diluar sana. Berapa ramai ibu-ibu hari ini yang telah terleka dengan facebook. Buka sahaja komputer, website pertama yang dibuka semestinya facebook. Agaknya berapa ramai anak-anak di luar sana yang ketandusan kasih ibu dan ayah yang terlalu asyik ber'facebook'. Facebook, andai betul caranya boleh menjadi medium dakwah yang baik dan sebagai medium untuk berdiskusi tentang ilmu dan islam. Tetapi dewasa ini, lebih ramai yang menggunakan facebook untuk jaringan interaksi sosial semata-mata.

Satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal mengenai pro dan kontra facebook, bagi yang belum pernah membacanya sila klik di sini....

Firman Allah SWT:
"1.Demi Masa!
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
Al-Asr, ayat 1~3

Akhir kalam... wassalam...

6 comments:

  1. lepas ni mungkin suami,abang,akak, nenek dan seluruh anggota kuarge lain pulak bz ngn FB. Itulah akibat dari kejahilan memanfaatkan proxy yang ada utk sebar Islam.

    ReplyDelete
  2. dont tie them up..
    their motherhood never n ever can be dilute juz for small piece entertainment like facebook..
    let them run away from their multiple jobs..
    as carer,mother,wife,worker n even worst labourer..
    huhu..
    you go mum..
    luv my mom so much..

    ReplyDelete
  3. to faiz:
    moga-moga kita tak terlalai dengan fb...

    to ezal:
    cube hayati betul-betul puisi tu, cube fahamkan, ibu yang jenis macam mana yang dimaksudkan...

    ReplyDelete
  4. salam..

    btol tu, dgr bait2 puisi tu, x dinafikan.. ramai btol yg addict dgn FB.. ni ckp general la.. x kesahla para ibu atau lain2.. kalau yg muda belia lg2 dahsyat.. btol kate adik dlm video tu, stat je surf internet, plg utama, mesti ke laman FB..

    sokong sangat2 kata saudara, FB kalau btol caranya, leh gak jd medium dakwah.. tp rasenye xleh dinafikan, FB skrg lbh dijadikan sbg tempat bersosial..

    ade ape dgn FB ek sampai org ketagih gitu skali? hmm.. ntah.. (sbb mmg x minat lgsg join social network gitu.. baik fs, myspace, twitter, hi5, FB, etc.. jd mmg xkan leh paham la nape ramai jd addict dgn FB)

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam...

    entahla... sy pn tak faham knp terlalu ramai dah addicted jadinye...

    ReplyDelete