Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Lamanya tak update blog ni. Tahun ni sangat-sangat sibuk dengan report dan tugasan-tugasan yang lain. sampai tak ada masa nak update blog. Alhamdulillah... hari ni start cuti Golden Week. Di sini (Jepun) pada tanggal 3(Constitution Memorial Day),4(Greenery Day) dan 5(Children's Day) Mei adalah 3 hari cuti berturut-turut kerana meraikan hari-hari tersebut. Sebab itu ia dipanggil Golden Week.
Alhamdulillah, sempena cuti Golden Week kali ni, sepertimana tahun-tahun sebelumnya, pada 3,4 dan 5 Mei, IPIJ(Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) akan mengadakan kem Golden Week Gathering bertempat di Yamanashi-ken. Subhanallah... tak sabar rasanya nak pergi. Jumpa rakan-rakan di sana. Lebih mengujakan, pada kem kali ini, dengan angka tidak rasmi, kemungkinan bilangan peserta yang akan mengikuti kem kali melebihi 100 orang(orang dewasa dan juga kanak-kanak). Peserta-peserta yang akan datang dari serata pelusuk Bumi Sakura. InshaAllah program kali ni akan lebih meriah dengan bilangan peserta yang ramai. Apatah lagi, di hari kedua, akan turut diadakan BBQ. Oh! tak sabar rasanya hati ini... hehe...
Alhamdulillah... update ringkas kali ini. Akhir kalam... wassalam... (^_^)
Salam..
ReplyDeleteNak join,tp tak sempat dah, jauh.. hehe
Tahniah IPIJ. Semoga terus gah d bumi Sakura. Moga Allah permudahkan segala urusan..
waalaikumussalam...
ReplyDeletetakpe2... inshaAllah tahun dpn ade lagi. Jangan lupe... =)
InshaAllah... semoga semuanya berjalan lancar sepanjang program nanti...