Sunday, March 28, 2010

Musim Bunga Hampir Tiba

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... sekarang sudah hampir-hampir mahu masuk musim bunga. Sakura juga sudah hampir kembang sepenuhnya. Cantik sekali melihat kebesaran dan kecantikan yang Maha Esa. Andai kita merasakan cantik hanya dengan melihat apa yang diciptakanNya, Subhanallah, cantiknya Allah sudah pasti tak dapat kita gambarkan dengan akal kita yang tak kan berupaya memikirkan zatNya. Semoga kita tergolong diantara manusia-manusia yang dapat melihat Allah SWT di akhirat kelak.



Kawasan di sekitar sini masih belum panas lagi. Suhu di sini masih sekitar 7 hingga 13 darjah celcius... Sungguh sejuk. Tambahan pula di dalam bilik sewaktu cuti, pemanas tak dipasang. Sabar sahajalah. InshaAllah beberapa hari lagi, kolej akan dibuka semula. Harapnya waktu tu pemanas akan dipasang semula.

Kali ni sekadar mahu berkongsi bersama kawan-kawan gambar-gambar di sekitar kawasan saya ketika hampir memasuki musim bunga. Subahanallah... agungnya ciptaanNya...

Sila klik untuk melihat gambar dengan lebih jelas...

 Sakura sudah hampir kembang penuh


Sakura baru sahaja mula berkembang











Bulan 10 Rabiulakhir 1431 hijrah bersamaan 26 Mac 2010

InshaAllah bila tiba musim bunga nanti, saya akan upload gambar bunga-bunga sakura.
Akhir kalam... wassalam... (^_^)

p/s: sebuah lagu daripada album terbaru Saujana, Nota Cinta. Mari kita sokong industri nasyid tanah air. Belilah yang original... inshaAllah... =)

20 comments:

  1. Subhanaallah...
    caantiknyaaa.......

    nak gmbr bunga2 tu..hihi

    ReplyDelete
  2. cantiknya ia kerana kasihNya Allah buat hamba-hambaNya... =)

    ReplyDelete
  3. Salam warahmatullah..

    Subhanallah.. :)

    bersyukurlah anta berpeluang duduk di negara org; negara 4 musim, yg mana membuka lebih luas pandangan & pemikiran utk melihat lebih banyak bukti kekuasaan Ilahi sekaligus menjadi hamba yg lebih bersyukur kepada-Nya.. insyaAllah.

    syukran atas perkongsian. minta izin copy gmbr ni ye.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam...

    alhamdulillah... dengan izinNya ana dapat belajar di sini. Alam selalu menjadi model ana bila ana mngambil gambar. sebab setiap kali ana mengambil gambar, pasti dapat melihat kebesaran-kebesaran Allah SWT.

    silalah, ana izinkan... (^_^)

    ReplyDelete
  5. gambar bulan tu akhi ambik sendiri ke?lain kali ambik la gambar bulan purnama ek lps tu publishkan :D nk tengok.huhu

    ReplyDelete
  6. to Cik Siti

    semua gambar-gambar ni ana ambil sendiri. inshaAllah nanti kalau keadaan cuaca mengizinkan ana cuba ambil pula gambar bulan purnama. gambar bulan kat atas ni, kebetulan waktu ana ambil tu, agaknya jarak bulan n bumi dekat. sebab tu dapat ambil gambar macam ni... inshaAllah nnt ana cuba ambil lagi... =)

    ReplyDelete
  7. subhanallah........

    sy amat suka pada bunga..sgt2..

    hampir gila tgk gmbr2 bunga ni. adoi..leh xnk copy? klu xleh xpe...

    ReplyDelete
  8. to deena farhana

    erk... jangan sampai jadi gila hanya kerana melihat gambar-gambar bunga hehe... tersenyum saya baca komen =)

    silalah, saya izinkan...

    ReplyDelete
  9. salam,

    lawa bunga kaler purple tu ;)

    ReplyDelete
  10. to Cik Jiha

    asal kaler purple mesti suka... =)

    ReplyDelete
  11. btl tu..sungguh agung ciptaan Allah..suka tengok sakura..mmg btl, sangat cantik..

    ReplyDelete
  12. subhanallah...the pictures are so beautiful!tmpg ty..saudara gn camera model ape ye?kalo x silap gmbr2 tu background bokeh,kan?close-up photography...

    ReplyDelete
  13. to floral seven

    saya guna model Canon 50D. yup, bokeh, close-up

    ReplyDelete
  14. oic,well..good work!keep it up!=)i'm looking for more great pictures from you soon.(^_^)

    ReplyDelete
  15. insyaAllah... sy akan upload kemudian...

    ReplyDelete
  16. salam..

    sume gambr yg diambil dlm shot yg menarik...

    (^_^)

    ReplyDelete
  17. waalaikumussalam...

    syukran... =)

    ReplyDelete