بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Alhamdulillah... 20 haribulan Mei lepas, bermula sebelum pukul 12 malam sehingga selepas pukul 12 malam 21 Mei, saya tidak membuka akaun facebook. Kerana selepas di tag oleh sorang sahabat, Akhi Faiz untuk sama-sama memboycott facebook supaya facebook menutup group-group yang ada tertulis di atas. Sungguh besar sekali penghinaan mereka terhadap islam. Di group itu ada ditulis meminta sesiapa sahaja melukis gambar Rasulullah. Tapi beberapa minit yang lepas, saya menyemak kembali di Search engine facebook. Group tersebut masih lagi belum ditutup. Semoga group ini dapat ditutup secepat mungkin.
Selama 24 jam saya menutup akaun facebook, saya dapati banyak perkara dapat saya selesaikan. Bermakna, banyak masa yang selama ini selalu saya gunakan untuk membuka facebook dan menyemak notification hanya terbuang begitu saja. Sebelum ini terasa sangat-sangat kekurangan masa. Kalau ditanya berapa jam yang saya mahukan sehari, mahu saja saya katakan, "Saya mahu seratus jam sehari". Sungguh! belajar di sini (Jepun) benar-benar mencabar. Selalu berasa masa yang ada tidak cukup untuk saya selesaikan tugas-tugas yang diberikan oleh sensei-sensei(professor atau cikgu). Setiap kali menerima tugasan, tugasan yang dibeikan bukanlah tugasan yang mudah. Sangat banyak perkara yang perlu dilakukan.
InshaAllah dilain hari, bersama-sama kalian yang membaca post kali ini, mungkin kita boleh memboycott facebook sekali lagi. Semoga Allah memberkati usaha kecil kita ini. 24 jam sahaja (mahu buat lebih adalah lebih baik). Andai untuk tidak membuka facebook hanya selama 24 jam sahaja kita tidak mampu, bagaimana kita mahu mengatakan "Saya pasti akan mempertahankan islam.". Andai ditanya adakah kalian mahu mempertahankan islam, pasti kalian akan memberikan jawapan begini bukan? Kita pasti mahu mempertahankan islam. Tetapi, sejauh mana kata-kata kita itu. Adakah ia sekadar kata-kata yang tidak bermaksud? InshaAllah, rakan-rakan sekalian, sama-sama kita bermuhasabah.
Akhir kalam... wassalam...
Salam,
ReplyDeleteAkhi,pihak kuffar until now enggan tutup group tu coz shingga kini lebih 100,000 yang menyokong. Atas kebebasan bersuara, islam dijadikan bahan permainan. Langkah terbaik adalah seperti yang dilakukan oleh Iran dan Pakistan dengan memban terus FB ni. namun di sana di pihak kita sendiri perlu mencipta laman alternatif yang lain menggantikan FB. Ana tengok mcm ni la, kita time masuk rumah orang, sudah tentu kita x boleh suruh tuan rumah tu buat ikut kehendak kita apabila ada perkara yang kita sendri xsuka. namun persoalannya, jika ada sekalipun, sanggupkah dikalangan Muslim itu tinggalkan FB?hmmm
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteItulah, kalau dikalangan muslim sendiri tak dapat nak tinggalkan FB, macamana nak memboikot group yang menghina islam tu. Sedangkan untuk boikot fb 24 yang lepas pun ramai yang tak dapat nak buat. Inikan mahu tutup akaun FB, agaknya berapa ramai yang sanggup? Wallahualam...