Sunday, March 21, 2010

Ku Sujud Syukur




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

"Sensei, watashi ha shinkyuu dekimasuka?"
"Zenzen daijobu da yo.
 Syukur ke hadrat Illahi tatkala mendengar sensei (cikgu@professor) cakap macam tu. Maksud ayat di atas,

" Professor saya dapat 'naik tahun'? "
" Langsung tak ada masalah."

 Disebabkan bimbang mungkin tak lepas, saya membatalkan niat untuk pulang bercuti di Malaysia. Keputusan sama ada dapat 'naik tahun' atau tidak diumumkan ketika cuti. Jadi saya membuat keputusan untuk terus berada di sini (Jepun) sepanjang cuti musim bunga kali ni. Syukur tak terhingga kepada Allah SWT. Saya lulus dengan baik.
 Sebelum cuti musim bunga lepas, saya perlu menghantar satu tugasan kepada seorang sensei yang sangat tegas. Ketika menghantar tugasan tersebut, ada beberapa soalan yang tak dapat saya jawab dengan baik. Kata sensei tersebut saya tak mendapat markah yang baik untuk tugasan terakhir. Saya tak tahu bagaimana sistem di tempat lain, tapi di sini, kalau markah keseluruhan tugasan-tugasan yang perlu dihantar tidak melebihi markah purata yang ditetapkan, pelajar itu perlu 'mengulang tahun'.

Selepas itu, saya menelefon ibu untuk berkongsi berita gembira tersebut. Sempat juga bergurau... v(^_^)

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..."
"Emak buat ape tadi? Abang call berkali-kali tak dapat?"
"Emak tengah buat kerja tadi. Macamana result?" (belum sempat saya nak bertanya khabar)
"Em...Tak lepas... Bulan depan Abang balik Malaysia..."
" Berapa banyak failed? "
"3...4... kut..."
"Habis tu, lepas ni macamana?"
"Hehe... Abang lepas le emak."
 "Ish... buat emak risau je. Betul ni?"
"Iye.... kata sensei langsung takde masalah"
 "Alhamdulillah...Lain kali jangan buat macam ni lagi. Buat emak risau je..."
"Hehe..."
"Emak nak kena puasa lagi sehari la macam ni."
"Emak nazar ke?"
"Iye la. risaukan kamu..."
"Hehe... terima kasih... Emak ayah sihat?"
"Sihat, alhamdulillah...
 Inilah sebahagian daripada perbualan saya dengan ibu saya. Buat pembaca-pembaca sekalian, jangan tiru macam saya buat ni. Mungkin tak semua ibu boleh terima gurauan macam ni. Tapi, saya memahami ibu saya dan saya tahu ibu saya boleh menerima gurauan macam ni. Tambahan lagi ibu saya seorang yang tenang dan sihat.

 Setakat ini dahulu perkongsian kisah hidup saya buat kalian. Doa saya, semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat... InshaAllah...

Akhir kalam... wassalam... (^_^)

p/s:  Sebuah lagu baru daripada sebuah kumpulan nasyid trio terbaru R-iF

18 comments:

  1. salam warahmatullah.

    Alhamdulillah, tahniah!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah..tambahan lagi ada ibu yang supportive..

    ReplyDelete
  3. Syabas dan Tahniah sahabatku..
    u r the best!!!

    ReplyDelete
  4. Syabas & tahniah sahabatku..
    u always the best!

    ReplyDelete
  5. to norashikin rahmat:

    alhamdulillah... terima kasih... ibu ana memang selalu memahami ana... =)

    ReplyDelete
  6. to Faiz:

    Syukran sahabatku. InsyaAllah kita sama-sama berjuang untuk islam... =)

    ReplyDelete
  7. to Cinta Agung:

    syukran ya akhi. =)

    ReplyDelete
  8. tahniah akhi :)tumpang gembira

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..tahniah dik..
    terharunye bace perbualan awk ng mak awk..
    jadila anak yg baik..=)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... terima kasih kak fiza...
    jangan buat macam saya buat kak fiza, saya ni memang nakal hehe...
    insyaAllah, saya akan cuba untuk menjadi anak yang baik... =)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..Tahniah ya Fakhrul..

    ReplyDelete