Tuesday, October 27, 2009

Ayat Al-Quran di kulit bayi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Baru sahaja terbaca sebuah berita mengenai seorang bayi, yang mana setiap hari Isnin dan Jumaat akan timbul ayat Al-Quran di tubuhnya. Buat rakan-rakan yang belum lagi membaca berita ni, di bawah berita penuh....

di ambil dpd akhbar harian KOSMO!


SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.

KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


KULIT Ali yang mengandungi ayat al-Quran

Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.

Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters


sedikit ulasan:
Subhanallah... Salah satu lagi bukti kekuasaan Allah, dan juga bukti bahawa Islam itu benar... Tetapi, entah mengapa masih ramai yang hanyut dan leka dengan fatamorgana dunia... Nauzubillah...

p/s: buat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi peperiksaan, Selamat Menghadapi Peperiksaan. Semoga berjaya...


Akhir kalam... wassalam...

Tuesday, October 20, 2009

Ibu dan Facebook. Hanya Puisi Gurauan?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Hari ini sekadar mahu berkongsi satu video lucu. Mari melihat video di bawah, pastinya sekurang-kurangnya kalian akan tersenyum geli hati... (^_^)




Ya kali pertama melihat video ni, aku juga merasa geli hati tatkala melihat telatah adik Serafina Ophelia mendeklamasikan puisi bertajuk "Ibu dan Facebook". Namun cuba kita fikirkan seketika, mungkin juga puisi ini membawa makna tersendiri buat ibu-ibu diluar sana. Berapa ramai ibu-ibu hari ini yang telah terleka dengan facebook. Buka sahaja komputer, website pertama yang dibuka semestinya facebook. Agaknya berapa ramai anak-anak di luar sana yang ketandusan kasih ibu dan ayah yang terlalu asyik ber'facebook'. Facebook, andai betul caranya boleh menjadi medium dakwah yang baik dan sebagai medium untuk berdiskusi tentang ilmu dan islam. Tetapi dewasa ini, lebih ramai yang menggunakan facebook untuk jaringan interaksi sosial semata-mata.

Satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal mengenai pro dan kontra facebook, bagi yang belum pernah membacanya sila klik di sini....

Firman Allah SWT:
"1.Demi Masa!
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
Al-Asr, ayat 1~3

Akhir kalam... wassalam...

Wednesday, October 14, 2009

Kera Menjadi Manusia? atau Sebaliknya?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Mesti kalian semua pernah dengar pasal teori evolusi oleh Darwin yang mengatakan manusia adalah hasil evolusi daripada seekor kera. Dalam bukunya "The Origins of Species", Darwin menyatakan bahawa semua makhluk yang wujud di muka bumi ini wujud hasil daripada evolusi satu atau beberapa induk.

Teori Revolusi ini mendapat banyak tentangan daripada ramai pihak. Terutamanya daripada para cendiakawan dan para ulamak.

Sebagai orang Islam, sejak kecil lagi kita telah didedahkan tentang bagaimana penciptaan Nabi Adam. Nabi Adam adalah manusia pertama yang telah diciptakan oleh Allah SWT daripada tanah. Bukannya hasil evolusi daripada seekor kera.

Isu berkenaan kaitan antara manusia dan kera ini sebenarnya telah diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Suatu masa dahulu, Bani Israel telah 'disumpah' oleh Allah SWT menjadi kera kerana cuba untuk mem'permain'kan larangan Allah SWT. Sepertima yang terdapat di dalam Kalamullah,

Firman Allah SWT(yang bermaksud):

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina."
(Al-Baqarah: 165)

Bani Israel telah diharamkan oleh Allah SWT daripada menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya supaya mereka beribadah sepenuhnya pada Allah SWT pada hari itu. Namun mereka cuba 'bermain helah' dengan Allah SWT dengan cara memasang perangkap dan jaring, oleh itu ikan-ikan akan tersangkut dengan sendirinya tanpa mereka pergi menangkapnya.

Terdapat beberapa pendapat mengenai isu ini. Ada yang mengatakan mereka berubah menjadi kera secara fizikal. Ada juga yang mengatakan bahawa hati dan pemikiran mereka sahaja yang seperti kera.

Selain itu, Allah SWT juga turut menceritakan kisah ini di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-A'araf,

Firman Allah SWT(yang bermaksud):

"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik."
(Al-A'araf: 163)

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku kepada umat-umat yang terdahulu kerana cuba untuk mempermainkan larangan Allah SWT. Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut.


Akhir kalam... wassalam...

Sunday, October 11, 2009

Keajaiban Nombor


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Sekadar mahu berkongsi sesuatu yang menarik buat kalian... cuba lihat nombor-nombor di bawah. Indah sekali penyusunan nombor-nombor ni, salah satu bukti yang menunjukkan Allah itu Maha Bijaksana...

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888




1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top....


Satu hadis buat renungan bersama,

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda:
" Ambillah perisai untuk melindungi kamu!"
Para sahabat R.Anhum bertanya:
Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang?
Baginda bersabda:
Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikananya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya.
(HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Akhir kalam... wassalam...

Friday, October 9, 2009

Rokok dan Yasin


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...



Sekadar mahu berkongsi satu video lucu. Agaknya, apa akan terjadi kalau semua perokok yang mahu merokok, kita buat seperti dalam video ni....





Agak-agak berkesan tak nak buat mereka berhenti merokok? Apa kata lepas ni buat mereka yang ada roommate atau kawan-kawan yang merokok, cuba kalian buat pada mereka seperti dalam video. Mana tahu mungkin mujarab. Selamat mencuba... v(^_^)

Akhir kalam... wassalam...

Wednesday, October 7, 2009

Peringatan atau Kebetulan???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t....
apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Padang's earthquake happened at 17:16 and the aftershock happened at 17:58. The next day, there was an earthquake in Jambi at 8:52.. Look at the Quran for translation of these verse 17:16, 17:58 & 08:52...

17:16
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."
Al-Isra'[17], ayat 16


17:58
" Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz)."
Al-Isra'[17], ayat 58

08:52
"(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. "
Al-Anfal[8], ayat 52

Cubalah kalian fikirkan, adakah ini semua hanya kebetulan? atau suatu peringatan agar kita bersiap sedia menuju hari yang mendatang... Wallahualam... Ayuh... mari kita sama-sama bermuhasabah, agar tidak menyesal di hari yang kekal abadi...

Akhir kalam... wassalam...

Sunday, October 4, 2009

Pertunangan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...


InsyaAllah hari ni mahu membincangkan serba sedikit tentang pertunangan. Yang mana mungkin ramai yang tidak memahami erti pertunangan sebenarnya. Mungkin dirinya sudah menjadi pinangan orang tanpa disedari. Diharapkan rakan-rakan dapat membaca artikel di bawah sampai habis.


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*


Selepas aku membaca artikel ni, aku baru tersedar mudah sekali terjalin sebuah pertunangan kalau di ikutkan istilahnya di sisi syarak. Mungkin ramai lelaki atau wanita yang sebenarnya telah menjadi tunangan orang tanpa di sedari. Untuk lebih yakin, aku bertanya kepada seorang ustazah tentang perkara ni.

"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"

"Ya, kalau di ikutkan syarak mereka berdua memang sudah bertunang"

"Maknanya haramlah bagi seorang lelaki muslim lain masuk meminang perempuan tu?"

"Ya, sebab tu bila ada orang merisik atau nak masuk meminang perlu bertanya dulu kepada empunya badan. "


Terdapat sebuah hadis daripada Ibnu Umar r.a. sabda Rasulullah SAW:

"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain."


Ingatlah rakan-rakan sekalian, pertunangan bukan bermakna, si dia telah dihalalkan untuk diri sendiri. Pertunangan hanyalah ikatan yang masih belum menghalalkan si dia buat diri sendiri. Si dia tetap bukan mahram. Oleh itu, peliharalah sebaiknya adab-adab batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh syarak.


Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:

" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya."



*** mahram == mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (denganwanita itu)*** 'uruf == adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.







wallahualam...

Akhir kalam... wassalam...