Sunday, July 12, 2009

Hobi yang mengasyikkan...

Assalamualaikum...
Baru beberapa bulan lepas, timbul minat hobi baru. Hobi ape? "Taking Picture" (amboi gune English pulak....huhu). Yup... ambil gambar. Disebabkan hobi aku yang baru ni, buat aku lebih merasa dekat dengan keindahan ciptaan Illahi yang ada disekelilingku. Kadang-kadang kita sebenarnya tak sedar apa yang ada disekeliling kita. Kita hanya melihat, tapi kadang-kadang kita lupa untuk menghargainya.Cuba kita fikirkan, Allah menciptakan alam ini dengan sempurna. Cantik dipandangan kita yang dihijab. Andai alam ini kita rasakan terlalu cantik buat kita, semestinya, Allah Maha Cantik. Takkan tergambar oleh kita akan kecantikan Allah SWT. Subhanallah...

Allah telah menciptakan syurga yang terlalu indah buat golongan hamba-hambanya yang beriman. Sepertimana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:-

"Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yg bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik (iaitu) syuga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Di dalamnya mereka bertelekan(di atas pelamin-pelamin) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman syurga itu. "
(Surah Shaad, ayat 49)

Subhanallah... andai dunia yang sementara ini, kita rasakan terlalu indah untuk kita. Bagaimana pula di dunia abadi di sana yang telah dijanjikan Allah untuk hamba-hambanya yang bertakwa.

Antara kendahan syurga yang dinyatakan di dalam hadis:-

"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma(Za'faran) dan buminya kasturi. "
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni."
(Hadis Riwayat Muslim)

MasyaAllah... Indahnya syurga milikNya... Moga kita berpeluang mengecap nikmat itu... insyaAllah...



Inilah antara hasil-hasil tangkapan gambar daripadaku...
Yang ini bukan bunga matahari ye... Diambil berhampiran tali air yang dekat dengan kolejIni bunga ke rumput? tak tahu la... berputar-putar... huhu... bleh jumpe kat Jepun...sempat jugak ambil gambar rama-rama ni sebelum 'mereka' terbang meninggalkan diriku... My Cactus...
dalam English adalah "Dandelion.."

Setakat ini dahulu post kali ni... insyaAllah... ada banyak lagi kat sini... http://www.flickr.com/photos/xeocalt/

Selamat Berjuang di dalam hidup buat kalian...

Wassalam...


Sunday, July 5, 2009

Ingin Sihat???

Asslamualaikum..

Sewaktu mencari bahan-bahan ilmiah di internet. Terjumpa satu artikel yang menarik untuk di kongsi bersama.InsyaAllah... Selamat membaca.........


Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini
dari sahabat yg menetap di US: "Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti
agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE - 4 PERKARA UNTUK SIHAT:
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, June 28, 2009

Muhasabah Cinta...



Sebuah lagu BEST!!! untuk dikongsi bersama...Jom LAyan... InsyaAllah...

Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Saturday, June 20, 2009

Kegagalan bukan titik noktah...

Assalamualaikum...

Rasanya sudah hampir 2 minggu aku tak meng'update' blog ini. Disebabkan minggu lepas adalah minggu peperiksaan. Sehingga semalam, hampir kesemua keputusan 'exam' telah aku terima. Tinggal hanya beberapa subjek lagi. InsyaAllah minggu depan, kesemua 'result' akan ku terima. Ada markah yang tinggi hingga hampir-hampir sahaja mendapat markah penuh. Namun ada juga markah yang betul-betul membuatkan aku sedih, memikirkan diriku masih belum setanding dengan sahabat-sahabat yang lain. Terasa sangat kecewa. InsyaAllah semua ini akan menjadi pembakar semangatku untuk terus berusaha mendapatkan markah yang lebih baik untuk peperiksaan yang akan datang.

Menghadapi kegagalan sebelum mencapai kejayaan sudah menjadi asam garam hidupku. Ibuku jauh lebih memahami mengenai diriku...

Terkenang aku sewaktu di alam persekolahan di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aku bersekolah di SMK Seri Perak. Banyak kisah pahit manis di sana, yang takkan dapat aku lupakan....

Masih segar diingatan, sewaktu di darjah 6. Aku perlu mengisi borang permohonan ke sekolah berasrama penuh. Terdapat 3 borang, ketiga-tiganya aku memilih aliran agama. Akhirnya aku mendapat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah agama, Sekolah Abu Bakar Al Baqir. Sebuah sekolah yang tidak begitu jauh daripada rumahku. Tetapi untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah, aku terpaksa menaiki bas ekspress kerana jarak antara rumah ke sekolah hampir sahaja mencecah 20 km. Sewaktu itu, sekolah tersebut masih belum memiliki kemudahan asrama.

Namun, kebetulan pada tahun itu, iaitu di awal tahun 2001, kedua ibu bapaku dan juga nenekku, mendapat seruan untuk menunaikan haji. Menjadi suatu kesukaran untuk keluargaku, terutama aku dan adik beradikku berkenaan penjaga, tempat untuk bersekolah dan hal-hal lain sepanjang kedua ibu bapaku dan nenekku pergi menunaikan seruan haji. Tetapi alhamdulillah, kesudian Pak Ngah dan Mak Ngah untuk menjaga kami adik beradik sangat memudahkan kami sekeluarga.

Tetapi lain pula cerita mengenai diriku. Tahun itu aku akan melangkah ke tingkatan 1. Ibu bapaku memberiku pilihan sam ada mahu tinggal di asrama atau bersama Pak Ngah dan Mak Ngah di Pahang. Agak lama aku berfikir sebelum aku memberitahu keputusanku memlilih untuk tinggal di asrama. Masha-Allah, pengorbanan kedua ibu bapaku sewaktu itu berusaha untuk memasukkan aku ke sekolah agama berasrama, tak kan dapat aku balas. Ayahku berkali-kali berulang-alik ke PPD(Pejabat Pendidikan Daerah) dan beberapa sekolah agama, membuat rayuan agar aku mendapat peluang untuk memasuki sekolah agama berasrama. Sedangkan ibuku tidak henti-henti berdoa dan menolong ayahku untuk membuat surat rayuan. Namun result UPSR ku yang tidak begitu baik, hanya setakat 3A 2B, amat menyukarkan aku untuk diterima masuk ke sekolah agama berasrama. Dan lebih menyukarkan kerana salah satu 'B' itu adalah subjek Sains.

Akhirnya aku hanya mendapat tawaran ke sekolah asrama harian, aliran sains. Satu-satunya peluang yg ada jika aku mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Itu pun atas jasa baik PK HEM sekolah. Beliau merupakan salah seorang kenalan ayahku. Cikgu Sahar atau pun di asrama lebih dikenali sebagai 'Pak Sahar'. Tanpa bantuannya, rasanya aku takkan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Demi untuk tidak mensia-siakan usaha kedua ibu bapaku, aku menerima tawaran tersebut. Takdir Allah SWT, segala yang telah tertulis di Luh Mahfuz, aku terima penuh redha dan syukur.... namun ini semua hanya satu permulaan....

InsyaAllah setakat ini dahulu untuk kali ini. InsyaAllah ada masa lagi, akanku sambung pada 'post' yang akan datang. Masih banyak 'cerita-cerita' pahit manis di dalam hidupku... ada keizinanNya... akan ku kongsi bersama kalian.... wassalam...

Sunday, May 31, 2009

Pengguna Facebook... Menarik!!!

assalamualaikum...

untuk pengguna-pengguna facebook ada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama... mungkin ada yang dah tahu pasal benda ni, mungkin jugak ramai yang tak tau lagi... bagi yang dah tahu tu, cube-cube le check kut tersalah taip kat bawah ni... kepada mereka yang tak pernah tahu lagi pasal bende ni, selamat mencuba... (^_^)

First, buka web page facebook. Lepas tu, cube tekan kat keyboard komputer seperti di bawah...

1. tekan anak panah ke atas 2x

2. tekan anak panah ke bawah 2x

3. tekan anak panah kiri, kanan, kiri dan kanan

4. tekan huruf b

5. tekan huruf a

6. tekan Enter


Dah selesai ikut arahan seperti di atas, cube scroll mouse ke atas & ke bawah... menarik kan???


p/s: Terima kasih buat sahabatku yang sudi berkongsi ilmu ini...sebarang persoalan boleh tinggalkan komen ye... Selamat Mencuba.... v(^_^)

Sunday, May 24, 2009

Selawat


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini



Kategori : AKIDAH Usuluddin


Tajuk : Selawat

Hadis :
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."



Ibn Mas'ud r.a



Sumber: JAKIM

Saturday, May 23, 2009

Sms Misteri...


Assalamualaikum....

Satu kejadian untuk dikongsi bersama...

08:30 PM... sedang aku kusyuk menyiapkan homwek untuk dihantar pada keesokannya, dalam keadaan kepalaku bagaikan mahu pecah memikirkan jawapan kepada soalan-soalan untuk dijawab... handphoneku berbunyi...


"VRooM...VRoom..."

bunyi mesej masuk memecahkan kesunyian... aku memang sengaja mengesetkan bunyi enjin motor sebagai bunyi mesej untuk handphone ku, pendek dan ringkas. Kerna aku tak suka dengan bunyi handphone yang mengambil masa yang agak lama untuk tamat.

Aku mencapai handphone ku. Mesej masuk. Aku melihat nombor. Nombor yang tak dikenali... aku teruskan membaca mesej.

Mesej yang diterima dalam bahasa jepun... Aku translate ikut fahaman ku ye...



"Selamat malam...
Maaf ye tiba-tiba hantar mesej pada awak.
Kalau awak mempunyai masa boleh tak kita bersahabat?
Banyak perkara saya mahu bercakap dengan awak...
Saya selalu mempunyai masa lapang... tapi...
kalau tak keberatan tolong balas mesej ni ye... "

H***ko ******

Mesej diterima daripada seorang perempuan. Mengapa aku mengatakannya perempuan, kerna kebiasaannya nama yang diakhiri dgn 'ko' contohnya seperti... Akiko, Aiko, Kumiko, Mariko dan sebagainya... kebiasaannya nama bagi seorang perempuan.

Seketika, aku berhenti daripada terus menyiapkan 'homwek'. Pelik... Bagaimana ada perempuan jepun boleh dapat no handphone aku. Seingat aku, tak pernah sekali pun aku bertukar no handphone dengan mana-mana perempuan jepun. Melayang seketika fikiran ku entah kemana... Cuba- cuba untuk mengingati kembali jika ada pernah bertukar no handphone dengan mana-mana perempuan jepun. Em... Tiada... Tak pernah, walaupun sekali.

Akhirnya, setelah membuang masa agak lama, aku kembali kepada sehelai kertas dihadapanku yang perlu aku 'kerja'kan. Aku tidak membalas mesej itu. Aku biarkan... (0_0)


P/s: kalian rasa kalau kalian ditempatku... apa kalian buat? nak balas ke? v(^_^)


Wassalam...