Monday, December 6, 2010

Sekolah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
 sumber: diambil oleh penulis pada bulan April




Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Alhamdulillah... minggu lepas saya baru saja selesai exam mid-term. Bermakna, hanya tinggal seperempat lagi  perjalanan untuk saya menamatkan pembelajaran di sini. Insya-Allah, tahun depan setelah tamat belajar akan pulang ke tanah air. Sedar tak sedar, pejam celik, bangun tidur, dah hampir tiga tahun saya belajar di sini. Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Tak sangka, beberapa bulan lagi saya akan tinggalkan alam persekolahan, saya bukan lagi pelajar sekolah, saya bukan lagi pelajar kolej, saya bukan lagi pelajar universiti, tapi saya seorang pekerja, seorang engineer, insya-Allah.


Hari ni terasa nak berkongsi kisah silam. Teringat dulu, waktu kecil, umur 7 tahun,
mak siapkan saya untuk ke sekolah. Ayah pula hantar saya ke sekolah. Tapi ada satu masalah yang agak rumit waktu tu, saya tak nak ke sekolah. Tiap-tiap kali teringat peristiwa ni mesti tersenyum. Waktu hari pertama sekolah, ayah terpaksa hantar sampai ke DEPAN PINTU KELAS. Haha... memang malu bila teringat balik. Saya menangis tak nak masuk kelas. Nak ikut ayat balik rumah. Bila ayah pecut motor, saya kejar dari belakang. Ayah tak sampai hati agaknya, berhentikan jugak motor. Jauh jugak saya kejar ayah naik motor waktu tu. Penat ayah dan cikgu-cikgu pujuk waktu tu. Kakak saya yang belajar di sekolah yang sama jugak waktu tu pun try pujuk tapi tak berkesan. Dua minggu rasanya tak masuk kelas. Last sekali ayah bawak pergi jumpa seorang ustaz. Ayah mintak ustaz mandikan saya. Alhamdulillah... lepas tu, saya rajin ke kelas. Rekod kehadiran penuh setiap tahun(alhamdulillah... sampai sekarang tak pernah ponteng), hanya bila sakit, saya akan bercuti. Kalau tak, mungkin saya dapat sijil kehadiran penuh. Saya redha. Sakit itu datang daripada Allah, insya-Allah kifarah dosa.

Sekolah menengah, zaman ni, zaman paling mencabar. Waktu ni, baru nak meningkat remaja, so macam-macam perkara rasa nak belajar. Kalau tak pandai kawal diri, 'alamat'nya memang 'rosak'. Dari form one sampai form five, lima tahun saya tinggal di asrama. Form one sampai form three belajar di sekolah asrama harian. Waktu ni lah paling dasyat rasanya. Tiap-tiap hari kena raging. Saya yang asalnya sangat gemuk(serius!!!) waktu mula masuk asrama, at last, kurus. Ramai pelik. Tapi yang kena raging bukanlah saya sorang, kawan-kawan lain, satu batch memang kena. Form one paling teruk. Siapa yang pernah tinggal di asrama, rasanya faham maksud saya. Tipulah kalau cakap, masuk sekolah asrama, terutama sekolah asrama harian, tak kena raging langsung. Confirm ada walaupun sikit. Melainkan mungkin ada abang dalam sekolah yang sama. Form four sampai form five, alhamdulillah, dapat tawaran ke sekolah asrama penuh, ASiS (Alam Shah Science School). Memang lega sangat time tu. Form four, form five dah tak ada raging-raging ni, alhamdulillah, dapat senior yang memang baik dan best. Memang bahagia satu dorm. Tapi yang penatnya, nak kena belajar untuk SPM. ASiS waktu tu, baru lagi ditubuhkan. Macam-macam tak ada. Saya batch ke-dua ASiS. Cuba bayangkan, dengan kekurangan bahan mengajar(LCD dan sebagainya), bahan eksperimen(terpaksa pinjam daripada sekolah sebelah), bilik komputer pun belum ada waktu tu, dan keadaan(persekitaran) ASiS waktu tu sangat menyedihkan. Sampaikan emak pernah kata, emak menangis hari pertama hantar saya ke situ, sebab tengok keadaan sekolah yang agak menyedihkan. Tapi sekarang alhamdulillah, kurang daripada enam tahun ASiS ditubuhkan, ASiS dah menjadi salah satu sekolah yang terkenal di Malaysia, segala macam kelengkapan ada dan yang penting, ASiS sekarang sangat cantik. Proud to be ASiSian. Insya-Allah dengar khabar daripada ustaz, ASiS bakal menjadi sekolah berprestij tinggi. Syukur ya Allah... Di ASiS saya mula rapat dengan kawan-kawan yang mempunyai ilmu agama yang jauh lebih baik daripada saya. Di ASiS saya mula belajar untuk lebih dekatkan diri dengan Allah SWT. Terima kasih, ustaz ustazah, rakan-rakan, banyak beri tunjuk ajar pada saya. Daripada seorang budak yang dulunya sangat jauh dengan agama sebelum berjumpa kalian.

Lepas tamat belajar di ASiS, dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun. Buat persediaan ke Jepun di Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun(PPKTJ), UTM KL, Jalan Semarak, selama 2 tahun. Sekarang PPKTJ dikenali sebagai Kolej Teknikal Jepun(KTJ) dan sudah berpindah. Bukan lagi di UTM Jalan Semarak. Selesai persediaan, alhamdulillah, terbang ke Jepun. Buka pejam mata, tak sangka lagi beberapa bulan dah nak habis. Cepatnya masa berlalu. Doakan saya menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini. Moga saya tetap di jalan yang diredhai Allah. Amin...


Akhir kalam... wassalam... (^_^)

-Mufasya

2 comments:

  1. alhamdulillah dan tahniah sebab hampir menamatkan pelajaran,..
    moga istiqamah pada jalannya..
    =)

    ReplyDelete