Saturday, May 23, 2009

Sms Misteri...


Assalamualaikum....

Satu kejadian untuk dikongsi bersama...

08:30 PM... sedang aku kusyuk menyiapkan homwek untuk dihantar pada keesokannya, dalam keadaan kepalaku bagaikan mahu pecah memikirkan jawapan kepada soalan-soalan untuk dijawab... handphoneku berbunyi...


"VRooM...VRoom..."

bunyi mesej masuk memecahkan kesunyian... aku memang sengaja mengesetkan bunyi enjin motor sebagai bunyi mesej untuk handphone ku, pendek dan ringkas. Kerna aku tak suka dengan bunyi handphone yang mengambil masa yang agak lama untuk tamat.

Aku mencapai handphone ku. Mesej masuk. Aku melihat nombor. Nombor yang tak dikenali... aku teruskan membaca mesej.

Mesej yang diterima dalam bahasa jepun... Aku translate ikut fahaman ku ye...



"Selamat malam...
Maaf ye tiba-tiba hantar mesej pada awak.
Kalau awak mempunyai masa boleh tak kita bersahabat?
Banyak perkara saya mahu bercakap dengan awak...
Saya selalu mempunyai masa lapang... tapi...
kalau tak keberatan tolong balas mesej ni ye... "

H***ko ******

Mesej diterima daripada seorang perempuan. Mengapa aku mengatakannya perempuan, kerna kebiasaannya nama yang diakhiri dgn 'ko' contohnya seperti... Akiko, Aiko, Kumiko, Mariko dan sebagainya... kebiasaannya nama bagi seorang perempuan.

Seketika, aku berhenti daripada terus menyiapkan 'homwek'. Pelik... Bagaimana ada perempuan jepun boleh dapat no handphone aku. Seingat aku, tak pernah sekali pun aku bertukar no handphone dengan mana-mana perempuan jepun. Melayang seketika fikiran ku entah kemana... Cuba- cuba untuk mengingati kembali jika ada pernah bertukar no handphone dengan mana-mana perempuan jepun. Em... Tiada... Tak pernah, walaupun sekali.

Akhirnya, setelah membuang masa agak lama, aku kembali kepada sehelai kertas dihadapanku yang perlu aku 'kerja'kan. Aku tidak membalas mesej itu. Aku biarkan... (0_0)


P/s: kalian rasa kalau kalian ditempatku... apa kalian buat? nak balas ke? v(^_^)


Wassalam...

12 comments:

  1. bls la..ape susah..

    ReplyDelete
  2. ada sbb knp tak ku balas mesej tersebut... =)

    ReplyDelete
  3. ana rasa tu mybe Hamtaro kot,xpun Mojako,ataupun Chibi Maruku.he2. (^_^)
    Tapi bagi ana,lebih baik anta abaikan jer..
    Insya'allah,kalau kita nak yang isteri yang xlayan laki2 tanpa sebarang tujuan yang haq,maka kita pun perlu jadi laki2 yang jenis xlayan wanita yang xda sebarang kepentingan dalam agama.

    ReplyDelete
  4. betul2... ada jgk org yg sependapat dgn ana... sepertimana yg telah Allah firmankan di dalam Al-Quran, Surah An-Nur ayat 26... v(^o^)

    ReplyDelete
  5. MANA TAHU ORG TU DALAM KESUSAHAN KER...MANA TAHU DIA NAK TANYA PASAL ISLAM KER...KAN?SAPE TAHU....TUHAN SAJA TAHU...MUNGKIN DIA MALU NAK TANYA BERDEPAN SEBAB DIA PEREMPUAN...KAN...

    ReplyDelete
  6. rse kalau balas lg baik kot mne tau die nak masuk islam ker.hehe.dakwah tu.

    ReplyDelete
  7. huhu... nk dakwah pn ade cara gak... lgpn kalau ak balas... niat ak time tu betul2 ke nk dakwah... ak pn tak tau... Allah lebih tahu... slap2 menambahkan dose je... Astaghfirullah...
    pastu plak... mcmn2 plak die bleh plak nk terpiki nk tny pasal islam? kenal ak pn tak... mcmn plak dia tau ak orang islam? huhu.... kene pk tu... syaitan akan menggunakan pelbagai2 cara untuk membuatkan manusia leka dan alpa dpd mengingati Allah SWT... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. salam..

    betul2.
    saya rasa better u don't reply it.

    sekali trjebak, takut tergadah.
    hehe..

    pape la.
    gud luck in ur study yea.

    buktikan org bgn serai boleh brjaya!!

    Idop org bgn!! (^_^)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbt...
    ttbe je akk rse nk comment kt cni..hehe..
    sume comments di atas munasabah n bagus2..
    gud luck study dik..
    stuju dgn red..buktikan org bgn serai ley berjaye..
    ganbatte!!
    wish me luck ea..
    akk exam mggu depan..
    wassalam..

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam...

    to red: mmg trak reply pn dulu... biar je... huhu...

    to kak fiza:
    insyaAllah... sy akan cuba sedaya upaya untuk berjaya, bkn untuk buktikan org bagan serai bleh berjaya je, tp nak buktikan bahawa seorang muslim boleh berjaya, walaupun bukan belajar di sebuah negara Islam. Gud luck in ur exam kak... (^_^)

    ReplyDelete
  11. Salam...
    "Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meraguimu, Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan."

    -bls xpe,(t bls meleret plk) xbls pn xpe..,klu niat org 2 benar i'Allah bkn itu jlnnye em..tgk ayat dh thu rsenye...

    moge tegar dlm kehidupan,peace=)

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam...
    perkara ni dah lama berlalu... kesudahannya ana mmg tak balas...

    ReplyDelete