بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Alhamdulillah... 20 haribulan Mei lepas, bermula sebelum pukul 12 malam sehingga selepas pukul 12 malam 21 Mei, saya tidak membuka akaun facebook. Kerana selepas di tag oleh sorang sahabat, Akhi Faiz untuk sama-sama memboycott facebook supaya facebook menutup group-group yang ada tertulis di atas. Sungguh besar sekali penghinaan mereka terhadap islam. Di group itu ada ditulis meminta sesiapa sahaja melukis gambar Rasulullah. Tapi beberapa minit yang lepas, saya menyemak kembali di Search engine facebook. Group tersebut masih lagi belum ditutup. Semoga group ini dapat ditutup secepat mungkin.