بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini iman dan ibadah kita jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah...
Syahadah, rukun islam yang pertama. Dalam hidup kita, kalimah syahadah menjadi asas kehidupan sebagai Hamba Allah. Pernahkah kalian berkira-kira berapa kali kita wajib bersyahadah sehari semalam? Andai kalian tidak pernah menyedarinya, ambillah beberapa saat untuk mengiranya sebelum kalian meneruskan pembacaan. Kita diwajibkan untuk mengucapkan syahadah sebanyak 9 kali sehari semalam. Iaitu 4 kali ketika tahiyyat awal dan juga 5 kali ketika tahiyyat akhir.
Selepas syahadah, solat merupakan rukun islam yang kedua. Solat adalah 'training' untuk kita menjadi individu yang 'kuat' dan juga merupakan asas kepada amalan di dunia dan di akhirat. Di hari akhirat kelak, solat yang akan menjadi persoalan utama di Padang Mahsyar. Andai solat kita tidak menunaikan solat, nerakalah seteruk-teruk tempat kembali.
Solat merupakan tunjang utama kepada kejayaan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Kalamullah, Firman Allah SWT;
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Al-Mukminun, ayat 1dan 2
Allah juga memberi jaminan syurga buat mereka yang memelihara solat di dalam surah Al-Mukminun;
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnyaأُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya
Al-Mukminun, ayat 9-11
Inilah ciri-ciri orang yang berjaya. Iaitu mereka yang memelihara solat. Sudah menjadi kewajipan buat kita sebagai hamba Allah untuk memelihara solat. Jadi, andai kita ingin berjaya, asas utama kejayaan itu sendiri adalah solat. Jadi pelajarilah bagaimana untuk kusyuk dan berusahalah untuk melakukan solat yang terbaik.
Sedarkah kalian, di dalam sehari berapa kali kita diwajibkan membaca Al-Fatihah? Cuba kalian mengiranya sebentar. Setiap hari kita diwajibkan membaca sebanyak 17 kali. Kita wajib membacanya di dalam solat dan merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk kita membacanya setiap hari sepanjang hidup kita.
Sepanjang hidup kita sebagai hamba Allah, Allah juga hanya mewajibkan sepotong ayat sebagai 'Doa Wajib' yang perlu kita lafazkan setiap hari. Adakah kalian sedar? Apakah doa itu?
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ"Tunjukilah kami jalan yang lurus".
Al-Fatihah, ayat 6
Inilah satu-satunya doa yang diwajibkan kepada kita untuk mengulanginya setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam. Hanya sepotong ayat pendek sebagai 'Doa Wajib' buat kita, sehari semalam.
Betapa Allah tidak membebankan hambanya. Walaupun Allah tmengurniakan nikmat yang tidak terkira buat hamba-hambanya, namun Allah hanya mewajibkan hanya sepotong ayat. Ya, hanya sepotong ayat. Namun berapa ramai manusia yang alpa daripada melakukan kewajipan ini.
InsyaAllah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki amalan kita terutamanya solat. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...
Sebuah lagu untuk dikongsi bersama kalian, pembaca-pembaca blog Fakhrul Islami, semoga terhibur...
p/s: diolah daripada ceramah yang disampaikan oleh Akhi Fazrul dan juga daripada beberapa ceramah yang lain.
salam ukhuwah...
ReplyDeletenice artikel, tarbiyah diri buat hati yang lalai...jika dilihat dari azan yang berkemundang juga ada yg disebut dr azan itu "marilah menuju kejayaan"...
jd, apa tunggu lagi..tiap kali seruan itu berkumandang maka sambutlah dengan penuh semangat supaya hati itu bertambah keimanannya...
insyaAllah..wassalam..
salam ukhwah
ReplyDeleteinsyaAllah, mari kita menuju kejayaan... =)
salam, i like ur entry. cukup bermakna. simple. =)
ReplyDeletemuhasabah diri...
ReplyDeletesalam, best pulak lagu ni bila dengar banyak kali. hee..;) full of meaning.
ReplyDeleteto Sizuka
ReplyDeletewaalaikumussalam, thank you... =)
to Fairosza
insyaAllah sama-sama mari kita bermuhasabah...
begitulah kita smntara hidup di dunia ni..
ReplyDeletebetul tu, ana setuju..
ReplyDelete~hmmm.... no wonder la As Syahid Imam Hassan Al Banna menyeru kita untuk memperhatikan ayat2 al-quran terutamanya yg ade sebut ttg solat.
ReplyDelete~moga istiqomah
~salam ziarah
solat itu tiang agama. rosak solat manusia, rosaklah agama yang ada dalam dirinya.
ReplyDeletesyukran atas ziarah...
salam..alhamdulillah, pemahaman ana semakin bertambah..
ReplyDeletewaalaikumussalam...
ReplyDeletealhamdulillah... semoga bermanfaat... insyaAllah...