بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...
Meminang dan bertunang, 2 perkataan yang membawa maksud yang berbeza, tetapi berada di bawah satu topik yang sama iaitu Pertunangan.
Di dalam post kali ini, penulis mahu membincangkan berkaitan post yang terdahulu mengenai
pertunangan (sila klik! untuk lihat post tersebut) yang mana ramai yang salah faham. Termasuk penulis sendiri. Oleh itu, penulis sendiri telah merujuk hal ini pada seorang guru agama yang pernah mengajar penulis dahulu.
Berkenaan dengan 5 cara
Pertunangan Di Sisi Syarak, di sini agak ramai yang salah faham. Bagi penulis adalah lebih baik andai perkataan Pertunangan itu digantikan dengan Meminang. Ramai yang salah faham bahawa 5 cara Meminang itu adalah Bertunang.
Di sini penulis ingin menjawab kembali soalan daripada rakam-rakan yang bertanya.
Soalan daripada CT Pataepannang:-
"Macam mana kalau seorang lelaki pernah menyampaikan hasrat pada seorang perempuan, dan perempuan itu terima tapi tidak dilangsungkan majlis pertunangan seperti mana yang ada dalam adat melayu, kira sah lah mereka sudah bertunangan mengikut syarak kan?"
lelaki tu cakap mcm mane ek?
boleh terangkan lagi detail tak?
Jawapan daripada penulis:-
Daripada soalan ukhti itu, andai seorang lelaki pernah menyampaikan hasratnya, itu adalah Meminang dan mereka belum lagi Bertunang. Contohnya apabila seseorang lelaki melamar seorang wanita seperti berikut
"Saya ingin mengahwini awak" @ "Sudikah awak menjadi Isteri saya yang sah" @ "Jom kita kahwin"
Andai lelaki tersebut melafazkan kata-kata sebegini, lelaki tersebut sedang Meminang.
Tetapi jika lelaki tersebut berkata seperti berikut:-
"InsyaAllah selepas habis belajar saya berhasrat untuk menjadikan awak isteri saya..."
Sebenarnya ayat lelaki tersebut masih 'tergantung', dan ia juga tidak dikira meminang. Apatah lagi Bertunang. Ini kerana selepas habis belajar masih ada ayat seterusnya. Andai lelaki tersebut berkata begini, ianya hanya sekadar menyampaikan hasrat.
Kebiasaannya pertunangan antara lelaki dan wanita disertai dengan 'tanda' bagi menunjukkan bahawa pihak wanita sudah berpunya. Maka haramlah bagi seorang saudara lelaki seislam yang lain masuk meminang wanita tersebut kerana ia dilarang sama sekali di dalam Islam.
insyaAllah andai kalian ada sebarang persoalan, komen atau teguran, bolehlah tinggalkannya di bahagian komen di bawah. InsyaAllah penulis akan reply ASAP.
Akhir kalam... wassalam... v(^_^)