Wednesday, June 16, 2010

Wahai Serikandi Islam... Bacalah...

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

PENCARIAN...
Suatu kisah..
kisah benar belaka
seorg lelaki dlm pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
sudah bertahun bersendirian
muncullah calon yg entah ke berapa
seperti biasa
diusulkan emak tersayang


Bukan calang2 calon yg diusulkan
lulusan universiti Timur Tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
pendek kata tip top!!

Si lelaki mulakan istikharah
hampir berminggu
setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi ta'aruf bermula

Si lelaki menjenguk ke web
laman Friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin Facebook
satu keajaiban!!
si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
ADUH!!

Terkejut bukan kepalang
calon solehah di reject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
HANYA KERANA GAMBAR DI TAYANG
PEMILIHAN TERBATAL

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak di pandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya..
solehah kempunan calon soleh
merayu untuk dipertimbangkan
tapi sayang sekali
si lelaki tetap
tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan Kamu
mari mempelajari,mencontohi
watak2 wanita salafussoleh
sifat,pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh..

wallahu'alam...sama2 ambil iktibar...=)
by:Nor Azleen Shamshudin
Majalah Solusi,edisi 18...

Saya copy paste artikel ini daripada salah seorang rakan di Facebook, kerana diminta untuk disebarkan. Buat serikandi Islam, bakal menyeri syurga Illahi, semoga kalian menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Saya doakan agar kalian akan dijodohkan dengan seorang lelaki soleh untuk menjadi peneman hidup di dunia dan juga di akhirat. Semoga kalianlah yang bakal menjadi penyeri taman-taman syurga Illahi. InshaAllah...

 selingan:-
 Saya terdengar lagu ini di nasyidFM. Best juga. InshaAllah... selamat menghayati lagu ini...


Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Akhir kalam... wassalam... (^_^)

No comments:

Post a Comment