Saturday, January 16, 2010

Langit dan Bumi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Langit dan Bumi. Yang manakah diciptakan terlebih dahulu? Adakah kalian mengetahuinya? Allah SWT berfirman di dalam surah An-Naziat:

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا
Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا
Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ دَحَاهَا
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);  

Surah An-Naziat; ayat 27-30

Saturday, January 9, 2010

Asas Kejayaan? Apakah? Kalian menyedarinya?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 

Assalamualaikum w.b.t.... apa khabar kalian hari ini? semoga sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam lembayung kasih Allah SWT...

Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini iman dan ibadah kita jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. InsyaAllah...

   Syahadah, rukun islam yang pertama. Dalam hidup kita, kalimah  syahadah menjadi asas kehidupan sebagai Hamba Allah. Pernahkah kalian berkira-kira berapa kali kita wajib bersyahadah sehari semalam? Andai kalian tidak pernah menyedarinya, ambillah beberapa saat untuk mengiranya sebelum kalian meneruskan pembacaan. Kita diwajibkan untuk mengucapkan syahadah sebanyak 9 kali sehari semalam. Iaitu 4 kali ketika tahiyyat awal dan juga 5 kali ketika tahiyyat akhir.
 
   Selepas syahadah, solat merupakan rukun islam yang kedua. Solat adalah 'training' untuk kita menjadi individu yang 'kuat' dan juga merupakan asas kepada amalan di dunia dan di akhirat. Di hari akhirat kelak, solat yang akan menjadi persoalan utama di Padang Mahsyar.  Andai solat kita tidak menunaikan solat, nerakalah seteruk-teruk tempat kembali.

  Solat merupakan tunjang utama kepada kejayaan. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Kalamullah, Firman Allah SWT;
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,


الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
 Al-Mukminun, ayat 1dan 2


 Allah juga memberi jaminan syurga buat mereka yang memelihara solat di dalam surah Al-Mukminun;

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya
أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi


الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya


Al-Mukminun, ayat 9-11


Inilah ciri-ciri orang yang berjaya. Iaitu mereka yang memelihara solat. Sudah menjadi kewajipan buat kita sebagai hamba Allah untuk memelihara solat. Jadi, andai kita ingin berjaya, asas utama kejayaan itu sendiri adalah solat. Jadi pelajarilah bagaimana untuk kusyuk dan berusahalah untuk melakukan solat yang terbaik.


   Sedarkah kalian, di dalam sehari berapa kali kita diwajibkan membaca Al-Fatihah? Cuba kalian mengiranya sebentar. Setiap hari kita diwajibkan membaca sebanyak 17 kali. Kita wajib membacanya di dalam solat dan merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk kita membacanya setiap hari sepanjang hidup kita.

   Sepanjang hidup kita sebagai hamba Allah, Allah juga hanya mewajibkan sepotong ayat sebagai 'Doa Wajib' yang perlu kita lafazkan setiap hari. Adakah kalian sedar? Apakah doa itu?

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
"Tunjukilah kami jalan yang lurus".
Al-Fatihah, ayat 6

  

   Inilah satu-satunya doa yang diwajibkan kepada kita untuk mengulanginya setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam. Hanya sepotong ayat pendek sebagai 'Doa Wajib' buat kita, sehari semalam.


   Betapa Allah tidak membebankan hambanya. Walaupun Allah tmengurniakan nikmat yang tidak terkira buat hamba-hambanya, namun Allah hanya mewajibkan hanya sepotong ayat. Ya, hanya sepotong ayat. Namun berapa ramai manusia yang alpa daripada melakukan kewajipan ini.
  
   InsyaAllah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki amalan kita terutamanya solat. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...


Sebuah lagu untuk dikongsi bersama kalian, pembaca-pembaca blog Fakhrul Islami, semoga terhibur...







Akhir kalam... wassalam... (^_^)

p/s: diolah daripada ceramah yang disampaikan oleh Akhi Fazrul dan juga daripada beberapa ceramah yang lain.