Assalamualaikum...
Alhamdulillah... masuk hari ni, genap sudah 9 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan... bagaimana dengan puasa kalian? Apa yang kalian dah capai setakat ni? Sama-sama lah kita memuhasabah diri kita. InsyaAllah semoga kita sama-sama dapat mempertingkatkan kualiti puasa kita.
Alhamdulillah, petang tadi sementara menunggu waktu berbuka(waktu berbuka di sini(Tsuyama, Jepun) hari ini pada pukul 0634 PM, bersamaan pada pukul 0534 PM Malaysia), sempat juga mendengar ceramah di IKIM. Walaupun berada di perantauan, kerana kecanggihan teknologi masa kini, dapat juga dengar radio IKIM, walaupun radio Malaysia.
Dalam ceramah tu, ustaz ada membincangkan jenis-jenis puasa. Di sini ringkasan atas apa yang didengari:
Puasa Orang Awam(P.O.A):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Tetapi tidak menjaga hati, lidah, mata, tangan dan kaki. Sepertimana bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Perkara-perkara maksiat dan kemungkaran tetap dilakukan. Bezanya di bulan Ramadhan, kerana mereka bersahur dan berpuasa. Tetapi perkara-perkara seperti mengumpat, bermain judi, pergi ke disko dan lain-lain yang seumpama dengannya tetap dilakukan. Golongan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda yang bermaksud: "Berapa ramai orang yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga."
Puasa Orang Soleh(P.O.S):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Tidak seperti P.O.A(Puasa Orang Awam), puasa orang-orang soleh, mereka menjaga hati, lidah, mata, tangan dan kaki. Mereka tidak melakukan kemungkaran atau kemaksiatan. Mereka memelihara diri mereka daripada melakukan dosa dengan sebaiknya.
Puasa Para Nabi dan Rasul(P.P.N.R):
Berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Sepertimana P.O.S(Puasa Orang Soleh), mereka juga turut memelihara diri mereka daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tetapi para nabi dan rasul, mereka melipat gandakan ibadah mereka di bulan Ramadhan. Seperti berzikrullah, bertahajjud, membaca Al-Quran, bersedekah dan yang seumpama dengannya.
Ayuh kalian, mari kita cuba menilai kembali ibadah puasa kita. Adakah puasa kita seperti P.O.A, P.O.S @ seperti P.P.N.R. Marilah sama-sama kita memperbaiki kualiti ibadah kita. Moga puasa kita tidak hanya membuatkan kita hanya mendapat lapar dan dahaga. InsyaAllah...
Akhir kalam, sama-sama kita memuhasabah kembali, insyaAllah.... Wassalam... v(^_^)
Salam..seharapnya mendapat PPNR ;)
ReplyDeleteinsyaAllah... sama-samalah kita perbanyakkan zikir di bulan Mulia ini... moga berkekalan ke bulan-bulan seterusnya juga... insyaAllah...
ReplyDeletekenal apa sebenar berpuasa dalam konteks tasawwuf...insyaallah..
ReplyDeleteinsyaAllah...
ReplyDelete