Assalamualaikum...
Rasanya sudah hampir 2 minggu aku tak meng'update' blog ini. Disebabkan minggu lepas adalah minggu peperiksaan. Sehingga semalam, hampir kesemua keputusan 'exam' telah aku terima. Tinggal hanya beberapa subjek lagi. InsyaAllah minggu depan, kesemua 'result' akan ku terima. Ada markah yang tinggi hingga hampir-hampir sahaja mendapat markah penuh. Namun ada juga markah yang betul-betul membuatkan aku sedih, memikirkan diriku masih belum setanding dengan sahabat-sahabat yang lain. Terasa sangat kecewa. InsyaAllah semua ini akan menjadi pembakar semangatku untuk terus berusaha mendapatkan markah yang lebih baik untuk peperiksaan yang akan datang.
Menghadapi kegagalan sebelum mencapai kejayaan sudah menjadi asam garam hidupku. Ibuku jauh lebih memahami mengenai diriku...
Terkenang aku sewaktu di alam persekolahan di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Aku bersekolah di SMK Seri Perak. Banyak kisah pahit manis di sana, yang takkan dapat aku lupakan....
Masih segar diingatan, sewaktu di darjah 6. Aku perlu mengisi borang permohonan ke sekolah berasrama penuh. Terdapat 3 borang, ketiga-tiganya aku memilih aliran agama. Akhirnya aku mendapat tawaran untuk memasuki sebuah sekolah agama, Sekolah Abu Bakar Al Baqir. Sebuah sekolah yang tidak begitu jauh daripada rumahku. Tetapi untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah, aku terpaksa menaiki bas ekspress kerana jarak antara rumah ke sekolah hampir sahaja mencecah 20 km. Sewaktu itu, sekolah tersebut masih belum memiliki kemudahan asrama.
Namun, kebetulan pada tahun itu, iaitu di awal tahun 2001, kedua ibu bapaku dan juga nenekku, mendapat seruan untuk menunaikan haji. Menjadi suatu kesukaran untuk keluargaku, terutama aku dan adik beradikku berkenaan penjaga, tempat untuk bersekolah dan hal-hal lain sepanjang kedua ibu bapaku dan nenekku pergi menunaikan seruan haji. Tetapi alhamdulillah, kesudian Pak Ngah dan Mak Ngah untuk menjaga kami adik beradik sangat memudahkan kami sekeluarga.
Tetapi lain pula cerita mengenai diriku. Tahun itu aku akan melangkah ke tingkatan 1. Ibu bapaku memberiku pilihan sam ada mahu tinggal di asrama atau bersama Pak Ngah dan Mak Ngah di Pahang. Agak lama aku berfikir sebelum aku memberitahu keputusanku memlilih untuk tinggal di asrama. Masha-Allah, pengorbanan kedua ibu bapaku sewaktu itu berusaha untuk memasukkan aku ke sekolah agama berasrama, tak kan dapat aku balas. Ayahku berkali-kali berulang-alik ke PPD(Pejabat Pendidikan Daerah) dan beberapa sekolah agama, membuat rayuan agar aku mendapat peluang untuk memasuki sekolah agama berasrama. Sedangkan ibuku tidak henti-henti berdoa dan menolong ayahku untuk membuat surat rayuan. Namun result UPSR ku yang tidak begitu baik, hanya setakat 3A 2B, amat menyukarkan aku untuk diterima masuk ke sekolah agama berasrama. Dan lebih menyukarkan kerana salah satu 'B' itu adalah subjek Sains.
Akhirnya aku hanya mendapat tawaran ke sekolah asrama harian, aliran sains. Satu-satunya peluang yg ada jika aku mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Itu pun atas jasa baik PK HEM sekolah. Beliau merupakan salah seorang kenalan ayahku. Cikgu Sahar atau pun di asrama lebih dikenali sebagai 'Pak Sahar'. Tanpa bantuannya, rasanya aku takkan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Demi untuk tidak mensia-siakan usaha kedua ibu bapaku, aku menerima tawaran tersebut. Takdir Allah SWT, segala yang telah tertulis di Luh Mahfuz, aku terima penuh redha dan syukur.... namun ini semua hanya satu permulaan....
InsyaAllah setakat ini dahulu untuk kali ini. InsyaAllah ada masa lagi, akanku sambung pada 'post' yang akan datang. Masih banyak 'cerita-cerita' pahit manis di dalam hidupku... ada keizinanNya... akan ku kongsi bersama kalian.... wassalam...